Tuesday, July 28, 2009

Izzuddin ke India



Petang semalam aku sempat ke KLIA bertemu ipar aku Mohd Shah & isterinya Kak Maya yang menghantar anak sulungnya Izzuddin berlepas ke India. Izz yang aku kenal sejak dari kecil ni memang talented.Ulat buku.Masa sekolah rendah dia memang suka tengok kartun tapi keputusan periksa nombor 1.Kira tergolong dalam spesis cemerlang dalam akademik.Dia ni pun tak
banyak cakap.tapi bab makan...purghh,....handal macam ayah dia
juge..hehehe..
Izz ambil kursus kedoktoran di Sri Devaraj URS Medical College. Salah sebuah IPT yang terkenal di sana.Tapi aku tak dpat menunggu Izz berlepas kerana bergegas pulang untuk membawa Sufiah ke klinik dapatkan rawatan NB.

Dia dah 5 hari tak sihat.Dada banyak kahak, so doktor terpaksa beri NB untuk mencairkannya. Namun Alhamdulillah, hari ini dia dah sihat dan kembali ke sekolah.

Sunday, July 26, 2009

Imej baru?



Sekurang-kurangnya setiap 3 hari aku kena 'trim' misai,'anak' jambang yang mulai tumbuh & janggut aku.Tapi yang pasti setiap minggu aku akan 'kemas'kannya. Kebelakangan ini aku mulai malas untuk melakukan rutin tersebut kerana waktu kerja yang tidak menentu.Maka agak berserabutlah kelihatan janggut & 'anak' jambang yang mulai tumbuh tak sekata.
Seingat aku, kali terakhir aku menjalankan 'operasi bersih' ke atas misai dan janggut aku adalah pada tahun 1998.Hemm...lebih 11 tahun dah...
hari ini aku ambil keputusan melakukannya lagi...hahaha...agak lucu sedikit kelihatan wajah aku.Rasa agak 'pelik'..hehehe.
By the way, hari ini juga sekiranya ayahanda ku masih hidup, genap lah usia beliau yang ke 81 tahun........masih terasa kehilangannya......

Saturday, July 25, 2009

Good Customer Care at car SC


Taking care of customer in automotive service centre (SC) is very important as it is the post sales activity that will reflect the image of the company.
What will you do while waiting for your car being service at the SC? The answer depends on the SC.Main SC usually will provide basic things - mags,newspaper & TV.Usually it's comfort environment.
I had been to a few SC such as Perodua,Proton,Toyota and Suzuki. I can evaluate and rank which is the best base on how they really taking care and pampered their customers.
This morning I went with Along to send her Hyundai i10 at Glenmarie, Shah Alam for the 1,000km service. Besides of spacious waiting area, there are F&B that really surprised us.They provide kuih and nasi lemak! You may choose your instant drinks (self-service) either coffee,milo or tea too. Toyota in other hand, (SC Shamelin) thus provides tea lady to serve you drinks and biscuits which i felt worth waiting too as the room/ambience made you comfortable and relax! The rest SC... hemm..i reserve my comments especially Suzuki SC at Desa Tun Razak!
My point is some SC seems not really concern on how to provide good customer care.Most of it don't even consider to provde internet wireless connection for clients to spend their precious hours while waiting of their cars.Some have their water dispenser with empty bottle!
What is extra of one thousand ringgit monthly compare to the time and money that the LOYAL customers had to spend to the company??

Tuesday, July 21, 2009

Tahap sekuriti di LCCT

Agak terkejut bila aku tiba di lapangan terbang LCCT sewaktu menghantar tamu dari Indonesia pulang. Apa yang aku terkejut? Ramai orang dan tempat letak kereta penuh.Ada yang sanggup meletak kenderaannya di seberang jalan iaitu di luar kawasan LCCT. Tapi mujur aku dapat tempat tanpa lama menunggu kekosongan.
Dibahagian perlepasan antarabangsa, aku dapati ramai penumpang yang sibuk mencari counter untuk mengambil 'boarding pass'.Yang beratur pun ramai.Tapi tidak terurus. Tamu aku sepatutnya beratur di kaunter 3 atau 9, tapi langsung tiada petugas.Akhirnya beratur di kaunter 4 setelah ke hulu hilir mencari kaunter alternatif & beratur di kaunter 7. Ramai muka mencuka.Jelaslah Air Asia tidak mengurus dengan baik.Mungkin juga kerana kekurangan kakitangan!
Isu yang hendak diperkatakan aku adalah tahap sekuriti di LCCT. Aku lihat ada penumpang yang langsung tidak melalui proses imbasan (x-ray) akan bagasi yang hendak di bawa bersama di bahagian Daftar Masuk (check-in). samada untuk dihantar ke 'luggage' mahupun 'hand-carry'.Mereka bebas keluar masuk di laluan 'No Entry' iaitu hanya laluan di sebelah bahagian 'x-ray'.
Aku sendiri memberanikan diri menembusi laluan 'No Entry' untuk membantu tamu aku dan jelaslah tiada siapa yang menghalang! Polis atau pihak sekuriti langsung tiada di laluan 'No Entry'!
Timbul persoalan difikiran.....sejauh manakah kerajaan kita menekankan dan melaksanakan penguatkuasaan keselamatan di lapangan terbang?
Sejauh manakah sensiviti petugas di LCCT terhadap sekuriti? Setinggi manakah pekanya rakyat Malaysia akan keselamatan negara? Siapakah sebenarnya bertanggungjawab akan sekuriti di LCCT? Mungkinkah kelemahan inilah adalah antara punca dadah atau penyeludupan mudah dibolosi keluar?
Aku amat kecewa.............!!

Monday, July 20, 2009

Guest from Jakarta



Daughters of my friend from Jakarta, Pak Zulfius, came to Kuala Lumpur from 14th to 19th.Since I'm busy with works that need me to stay back at the office, I unable to meet them ahead as planned.A little bit reluctant.

My wife, daughter - Sufiah and I met his pretty daughters only on Saturday - after 4 days in Concorde, site seeing and window shopping around KL.My appology.
I found out they are 'cool' (tenang) especially Dewi the 2nd siblings of 3.Nita, the youngest seems happy type but yet quiet.
We went to KL Birds Park, Islamic Arts Museum of M'sia and Petaling Street. We had a great time. On their last day, after having lunch,we only able to visit Putrajaya but quite rushing since we need to arrive to LCCT airport before 5.00pm.Thus we only spent lots of time at the masjid Putrajaya area.Again, I'm quite regret.
Hope they will come again either both of them, with family or friends so that my wife and I can provide better hospitality.
Wish they back to Jakarta with sweet memorable.

video

Saturday, July 11, 2009

Ninja boys & Syahmi

My 3 years old nephew, Syahmi, is very reluctant to be carried by me or anybody that not close to him.Shy boy.But not in front of his favorite cartoon series song!
Lets join his tango!

video

Thursday, July 2, 2009

Along & i10



Diam tak diam rupanya selama hampir 8 bulan aku pergi dan balik kerja bersama anak sulong ku, Along.Pejabatnya hanya sekitar 2.5km dari tempat aku bekerja.Ada tika waktu balik isteri atau kawannya yang membantu menghantarnya pulang bila aku tiada kesempatan untuk mengambilnya.
Kami jarang berbual di dalam kenderaan dalam tempoh perjalanan.Masing-masing layan mood dan pemikiran sendiri tapi bukanlah tidak berbual langsung.Mungkin sikap aku yang tidak banyak berbual dengan dia sedari kecil membuatkan kami kurang 'pop pep'.
Hari ini Along mula pergi kerja sendiri dengan kereta i10 nya.Aku mula terasa 'kehilangan' suasana ayah dan anak pergi & balik kerja....hermmm..
Selamat memandu dear!

Ika masuk UiTM


Kebelakangan ini agak sibuk dengan hal kerja dan keluarga.Justru agak lama juga tak menjenguk blog.Sabtu 27 Jun 2009, Syafikah mua mengorak langkah ke UiTM Seri Iskandar Perak. Perjalanan dari KL ke sana sekitar 2.30 jam.namun kami 'sangkut' 1 km sebelum masuk ke UiTM iaitu sekitar 40 min kerana pendaftaran yang dibuat hanya pada hari tersebut.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Ika dapat bilik bawah dan punya teman sebilik yang semuanya bermula dengan panggilan huruf "A".
Dalam perjalanan pulang ke KL aku menerima panggilan anak saudara ku, Megat Saiful bahawa ayahnya yang merupakan saudara aku telah dimasukkan ke wad ICU di Pusat Perubatan Universiti Malaya.Tidak sampai 45 min abangnya Megat Shahrul menghubungi aku dan memaklumkan ayahnya telah kembali ke rahmatullah.
Aku sempat singgah ke Masjid Sunway melihat jenazah saudaraku yang selalu ku panggil Abang Megat.
Satu hari yang gembira diawal pagi dan suram di lewat petang.