Monday, February 27, 2012

Selamat tinggal sayangku Idris...








6.50 ptg, Sabtu 25 Feb 2012...Sewaktu aku berada di rumah adikku Melati, aku menerima panggilan telefon daripada adik bongsuku Sanusi.Dia dalam tangisan memberi khabar berita yang mengejutkan.Sejenak aku terasa kebas anggota tubuhku.Pemikiraku terumbang-ambing seketika.Tak menentu...ohh tidak...anak sudaraku Muhamad Syah Idris telah meninggal dunia...lantas aku maklumkan kepada adikku Melati yang terus menangis..dan aku hubungi adik beradik ku yang lain. Isteriku terus menangis pabila aku hubunginya...lalu aku tidak dapat menahan lagi sebak dan bercucuranlah airmataku dalam tangisan...

Syah yang dikenali dikalangan sahabatnya...Idris panggilan mesra dalam keluarga besar kami...Anak ke 4 dari lapan beradik.Anak kepada abangku Yusof.Arwah memang rapat dengan anak2 ku malahan isteriku memang menyayangi beliau.Beliau kemalangan jalanraya.Motor yang ditunggangi bersama rakan serumahnya dirempuh sebuah kereta sewaktu hendak ke kampusnya UiTM Jengka, Pahang.Beliau meninggal dunia ditempat kejadian manakala rakannya yang bernama Syukur, pada waktu catatan ini, masih di ICU selepas menjalani beberapa pembedahan.(Moga beliau lekas sembuh & diberi kekuatan).

Tiba-tiba aku terkenang Disember lalu, percutian kami sekeluarga bersama beliau di Cameron Highland.Percutian di Cameron penuh kenangan manis...Paling tak ku lupa adalah ketika mengambil gambar dengan posing jumping,beliau yg memperkenalkan aku 'snow cap', beli key chain Liverpool (kami penyokong LFC)...dan paling menyentuh hati bila teringat beliau membeli pokok Kaktus untuk ibunya....

Idris yang ku kenali memang agak pendiam sejak dari kecil.Sesekali bersuara boleh buat orang lain ketawa akan sikap lucu kata2nya.Seorang anak yang soleh.Tidak pernah mengata keburukan orang lain.Suka berdikari. Aku masih ingat bahawa arwah pernah berkerja sewaktu aruah menunggu keputusan PMR.Membeli motorsikal hasil titik peluhnya.Beliau memang seorang yang cekal & tabah.

Rupa2nya ada kata2 simbolik dalam facebookmu yang kau papar sehari sebelum pemergianmu..
Baru kami tahu bahawa catatan terakhirmu "Maafkan mereka,mereka tidak tahu.Mereka tidak ramas buku" adalah dari lirik lagu Aku Maafkan kamu nyanyian Jamal Abdillah feat malique.Penuh simbolik.

"Tertelentang berisi air.Tertiarap berisi tanah". Meski ianya punya erti yang lain, aku yakin ia adalah luahan tersirat simbolik makluman bahawa Idris sudah tahu beliau akan pergi untuk selamanya...

Apakan daya....pada usia yang akan menjangkau 20 tahun pada 15 Jun, beliau telah pergi meninggalkan kami...Bukan kehendakmu.Bukan jua kehendakku.Jauh sekali kehendak ayah & ibumu serta insan yang mengenalimu...Kami tiada daya upaya.Tiada bergerak sebesar zarah melainkan atas kehendakNYA...

Idris, Pak Uda sentiasa menyanyangimu.Meski kau telah tiada, kenangan2 manis serta akhlak mulia mu tetap terpatri dalam diri ini.

Selamat tinggal sayang....




Friday, August 19, 2011

ALHAMDULILLAH...



Melayari kehidupan sebuah rumahtangga penuh dengan warna kehidupan.Bermula dengan 2 insan bercinta sehinggalah melahirkan zuriat.Ada suka ada duka, samada ketika berdua mahupun dalam membesarkan anak-anak.Itu adalah lumrah.Yang beza adalah bagaimana kita mengurus serta mengharungi kisah kehidupan kita.

Bagi aku,dalam mentadbir sebuah rumahtangga, sebaik mungkin suatu permasalahan yang kecil usah diperbesarkan dan yang kita rasa besar, dirungkaikan menjadi kecil lantas menghilangkannya.Kesilapan yang lalu menjadi pedoman dalam memperbaiki kelemahan diri.

Teman yang paling rapat adalah insan yang setiap hari bila kita terjaga dari tidur dia ada di sisi, iaitu seorang isteri atau suami.Justeru, hargailah kehidupan bersama.

Hari ini, 20 Ogos, genaplah usia perkahwinanku yang ke 25 tahun.Aku bersyukur mempunyai seorang isteri bernama Faridah Seeron.Aku bahagia dengannya.Dan aku bersyukur kami masih bernafas untuk melayari kehidupan bersama seterusnya dan bersama keluarga tercinta - 5 orang anak-anakku.

ALHAMDULILLAH..

Wednesday, June 29, 2011

Hahahahaha


Dah lebih 10 tahun wajib bagi aku memandu memakai kasut.Sebelum ini menggunakan selipar jepun pun boleh.Tak kisah.Kini memandu tanpa memakai kasut akan membuatkan aku rasa tidak selesa.
Aku ni ada 2 jenis kasut.Jika memandu, aku hanya memakai kasut 'casual'.Tanpa tali.Kasut yang bahagian belakang kasut ada extra 'pad' atau 'tapak'. Manakala yang sepasang lagi memang sentiasa dalam kereta.My 'offical shoe'. Aku akan pakai bila ada appointment & ke pejabat tapi bukan untuk memandu.
Kebiasaannya aku akan tukar setelah tiba destinasi.Buka pintu kereta, ambil kasut kedua aku tu, letak di luar dan terus sarung.Ada tikanya aku hanya tukar di dalam kereta.
Nak jadikan cerita, hari ini tiba sahaja di basement parking tempat aku kerja, aku hanya menukar kasut di dalam kereta.Agak gelap sikit kerana kurang cahaya lampu parking di basement meskipun lampu dalam kereta dibuka.Lepas pakai stokin, aku terus sarung.Done! Dengan semangatnya aku terus masuk lift dan ke pejabat.
Setelah hampir 15 minit di pejabat, aku hendak ke bilik air...sewaktu berjalan aku terpandang kasut aku......Terus terhenti langkah kakiku.....apa lagi, terus keluar , masuk lift terus tekan butang ke basement! Tiba di tingkat 4, lift terbuka.Alamak, ada orang nak masuk ke?...Aku terus silangkan kaki kiri aku sembunyikan kasut disebalik kaki kanan....hehehe....tapi mujur tiada siapa...apa lagi, buka saja pintu lift basement, tanpa toleh kiri kanan aku terus menuju ke kereta...phewww...rindu aku sekejap dgn kasut hitam aku....hahahahahaha...

Tuesday, May 17, 2011

Apabila maklumat penting hilang...

17 Mei 2011, cuti umum sempena perayaan hari wesak.Banyak betul cuti di negaraku tercinta.Rasa macam tak produktif plak bila banyak bercuti...hehe

Isteri tersayang dengan anak bongsuku pagi keluar menonton wayang.Aku malas.Melepak ajer di rumah.Sesekali buka facebook sebab dah lama juga aku tak aktif kecuali sesekali menyampuk melalui telefon.
Lewat petang aku teringat untuk update data sewa rumah di Melaka.Ada bayaran insuran yang belum aku masukkan.Tiba-tiba aku tergamam, file yang aku create sejak 2009 hanya paparkan huruf yang aku pun tak tahu.Semua datanya hilang!!!! Arrghhh.....berjam-jam aku cuba selesaikan permasalahan tapi nyata gagal.
Kali terakhir aku kemaskini file excel berkenaan adalah pada 5 Mei yang lalu.Aku cuma ingat anggaran kasar angkanya.
Nak dijadikan cerita, dulu aku update file tersebut dalam notebook aku sahaja. Kemudian aku pindahkannya dalam external drive. So...tiadalah back-up..Aku rasa macam nak menjerit sahaja melepaskan suara kekecewaan...hanya helaan nafas panjang yang aku mampu.....dan cetusan rasa kecewa pada blog ini.

Moral of the story, buat back-up akan file2 penting!

:(

Friday, April 29, 2011

Sekolahku......

Pada Jumaat 15 April, aku ke Pelabuhan Kelang kerana ada urusan. Sekitar 3km sebelum tiba destinasi yang aku tujui, aku terpandang signboard yang tidak asing bagi aku....Dan aku nekad untuk singgah setelah urusanku selesai.
Kg Raja Uda, itulah nama yang tidak asing bagi aku. ..Ya, aku pernah dibesarkan di Port Swettenham yang kini dikenali Pelabuhan Klang. Aku meronda seketika melusuri Kg Raja Uda menjejaki tempat yang pernah aku diami dan sekolah....ya, sekolah di mana aku mula mengenali huruf....sekolah Methodist Boys School! Tapi kini sekolah tersebut yang merupakan sekolah tertua di Pelabuhan Kelang telah bertukar nama kepada S.K Methodist dan tidak banyak berubah, kecuali kantin lama yg telah tiada dan digantikan kantin baru. Aku belajar di sini daripada darjah 1 hingga darjah 3 iaitu 1969-1971.


Temb
ok yang tertera Rukunegara ini masih dikekalkan tempatnya.Disinilah tempat kami para pelajar bergambar setiap tahun.....tersentuh hati ku terkenang....



Sebatang Pokok Rhu masih kekal di halaman sekolah...di bawah pokok Rhu adalah tempat aku dan kawan2 bermain sebelum kelas bermula dan sewaktu rehat.Dan Terdapat sebatang pokok yang telah berusia di sudut tembok sekolah....pokok2 ini telah berpuluh tahun usianya.....

Antara blok sekolah yang pastinya aku tidak lupa adalah tandas sekolah yang terletak diblok paling kanan sekali dalam sekolah. Masih segar diingatan aku yang mana ramai murid darjah 1 yang tidak berani ke tandas kerana jarak yang agak jauh dr kelas selain kedudukan tandas yang terasing...maka...adalah antara murid yang memerut sahaja dalam seluar....errr....aku tak ..hehe


Memandangkan aku ziarah sewaktu sesi pembelajaran dijalankan, maka tak dapatlah aku mengambil gambar kelas...

Beberapa pemandangan luar sekolah dapat ku ambil.Tapi agak terkilan juga kerana aku gagal mengenal pasti rumah yang pernah aku diami, kerana persekitaran yang berubah tambahan pula anak sungai di antara rumah yang pernah aku diami dan sekolah telah tidak kelihatan.

Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajarku....


Syukur kerana aku masih bernafas dan sihat untuk menikmati keindahan kehidupan ...

Saturday, April 9, 2011

Fraser Hill








Salah satu kegemaran aku adalah menikmati keindahan alam.Mac lalu aku dan keluarga bercuti ke Fraser Hill, Pahang.Kali terakhir aku ke sana sekitar 15 tahun yang lalu. Jarak dari rumah aku ke sana sekitar 130km namun perjalanan masa sekitar 2 jam 30 minit kerana jalan yang sempit dan berliku menuju puncak.

Apa yang menarik tentang Fraser Hill adalah persekitaran alam yang dijaga dan dikekalkan keasliannya.Tiada pembangunan seperti di Cameron Highlands atau Genting.Lantaran itu, suasana pagi yang amat segar disulami kicauan burung dan unggas jelas kedengaran.
Pada waktu malam, kesejukan amat terasa.Itulah yang aku sukai....hembusan angin malam yang dingin...dengan bunyian reriang serta pelbagai unggas...
Aku tidak tahu bila lagi akan ke sana...yang pasti, itulah salah satu destinasi yang memikat hatiku....

Sunday, February 20, 2011

satu lagi kenangan terindah


Sudah lama aku tak post sesuatu pada blog ini.Disebalik kesibukan kerja, masalah teknikal bila nak upload gambar yang kadang-kala berlaku buat aku give-up...

Apa pun, hari ini aku ingin meluahkan rasa gembira aku yang amat sangat.
Sabtu 19hb Februari 2011 merupakan salah satu hari yang penuh indah dalam hidupku.Setelah lebih 30 tahun tak bertemu kawan sekelas semasa belajar di Sekolah Dato' Jaafar (SDJ) serta guru-guru yang pernah mengajar aku, kami akhirnya dapat bertemu pada malam Gala Dinner sempena jubli emas SDJ.
Meskipun hanya 5 orang sahaja dari kami sekelas yang dapat hadir, namun keceriaan jelas terbayang di wajah masing2.

Aku pada mulanya tidak berhasrat untuk hadir kerana ada majlis perkahwinan anak jiran.namun panggilan telefon dari taukeh Wong Chau membuatkan aku mengubah fikiran.Kata-katanya "hei Sasman, ini sekali dalam 50 tahun punya event tau" membuat aku tersentak seketika.Apatah lagi dah 30 tahun aku tak bertemu dia dan kawan yang lain.....akhirnya ok, Jaafarian, here i come!!

Pada awalnya 6 orang yang telah sah hadir - Wan Tien Kwang, Azman Jamal, Asmadi, Wong Chau dan Tong Tze Tin dan aku, tapi Tze Tin & Asmadi menarik diri kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan.
Dan aku agak terkejut & gembira apabila bekas pemain kriket & hoki - Saat Jalil akhirnya muncul.
Meskipun kami cuma berlima, kemeriahan mengatasi angka kerana selain dapat bertemu guru2 yang sememangnya amat kami ingin temui, kami dapat juga berjumpa dengan teman2 lain yang bukan sekelas.

Mrs Lim atau yang kami selalu sebut Mak Lim hadir dengan baju merah. Masih bertenaga & cantik.Mr Harbajan, Guru Besar yang memang begitu terkenal & sinonim d SDJ, turut hadir dan beliau menerima tepukan gemuruh bila setiap kali wajah beliau muncul di layar video.Malahan suasana diluar sewaktu pendaftaran begitu meriah dengan hilai ketawa keseronkan cerita bekas2 pelajar setiapkali bertemu Mr Harbajan. Kami juga dapat bertemu dengan guru subjek Sejarah - Mr Isaac.

Agak terkilan juga guru yang kami ingin temui seperti Mr Ong Eng Sun, tidak muncul dan tiada guru yang mengenali beliau tahu di mana beliau berada.
Cikgu Yunus Simin, telah kembali ke rahmatullah tahun lalu. Manakala Prinsip Akaun, Mr Kwek juga telah meninggal dunia.Apa pun,malam ulangtahun SDJ ke 50 benar2 satu nostalgia yang tidak dapat aku lupakan.......
I Love you SDJ
I Love you Cikgu
I Love you all my friends!!!