Monday, February 27, 2012

Selamat tinggal sayangku Idris...








6.50 ptg, Sabtu 25 Feb 2012...Sewaktu aku berada di rumah adikku Melati, aku menerima panggilan telefon daripada adik bongsuku Sanusi.Dia dalam tangisan memberi khabar berita yang mengejutkan.Sejenak aku terasa kebas anggota tubuhku.Pemikiraku terumbang-ambing seketika.Tak menentu...ohh tidak...anak sudaraku Muhamad Syah Idris telah meninggal dunia...lantas aku maklumkan kepada adikku Melati yang terus menangis..dan aku hubungi adik beradik ku yang lain. Isteriku terus menangis pabila aku hubunginya...lalu aku tidak dapat menahan lagi sebak dan bercucuranlah airmataku dalam tangisan...

Syah yang dikenali dikalangan sahabatnya...Idris panggilan mesra dalam keluarga besar kami...Anak ke 4 dari lapan beradik.Anak kepada abangku Yusof.Arwah memang rapat dengan anak2 ku malahan isteriku memang menyayangi beliau.Beliau kemalangan jalanraya.Motor yang ditunggangi bersama rakan serumahnya dirempuh sebuah kereta sewaktu hendak ke kampusnya UiTM Jengka, Pahang.Beliau meninggal dunia ditempat kejadian manakala rakannya yang bernama Syukur, pada waktu catatan ini, masih di ICU selepas menjalani beberapa pembedahan.(Moga beliau lekas sembuh & diberi kekuatan).

Tiba-tiba aku terkenang Disember lalu, percutian kami sekeluarga bersama beliau di Cameron Highland.Percutian di Cameron penuh kenangan manis...Paling tak ku lupa adalah ketika mengambil gambar dengan posing jumping,beliau yg memperkenalkan aku 'snow cap', beli key chain Liverpool (kami penyokong LFC)...dan paling menyentuh hati bila teringat beliau membeli pokok Kaktus untuk ibunya....

Idris yang ku kenali memang agak pendiam sejak dari kecil.Sesekali bersuara boleh buat orang lain ketawa akan sikap lucu kata2nya.Seorang anak yang soleh.Tidak pernah mengata keburukan orang lain.Suka berdikari. Aku masih ingat bahawa arwah pernah berkerja sewaktu aruah menunggu keputusan PMR.Membeli motorsikal hasil titik peluhnya.Beliau memang seorang yang cekal & tabah.

Rupa2nya ada kata2 simbolik dalam facebookmu yang kau papar sehari sebelum pemergianmu..
Baru kami tahu bahawa catatan terakhirmu "Maafkan mereka,mereka tidak tahu.Mereka tidak ramas buku" adalah dari lirik lagu Aku Maafkan kamu nyanyian Jamal Abdillah feat malique.Penuh simbolik.

"Tertelentang berisi air.Tertiarap berisi tanah". Meski ianya punya erti yang lain, aku yakin ia adalah luahan tersirat simbolik makluman bahawa Idris sudah tahu beliau akan pergi untuk selamanya...

Apakan daya....pada usia yang akan menjangkau 20 tahun pada 15 Jun, beliau telah pergi meninggalkan kami...Bukan kehendakmu.Bukan jua kehendakku.Jauh sekali kehendak ayah & ibumu serta insan yang mengenalimu...Kami tiada daya upaya.Tiada bergerak sebesar zarah melainkan atas kehendakNYA...

Idris, Pak Uda sentiasa menyanyangimu.Meski kau telah tiada, kenangan2 manis serta akhlak mulia mu tetap terpatri dalam diri ini.

Selamat tinggal sayang....




Friday, August 19, 2011

ALHAMDULILLAH...



Melayari kehidupan sebuah rumahtangga penuh dengan warna kehidupan.Bermula dengan 2 insan bercinta sehinggalah melahirkan zuriat.Ada suka ada duka, samada ketika berdua mahupun dalam membesarkan anak-anak.Itu adalah lumrah.Yang beza adalah bagaimana kita mengurus serta mengharungi kisah kehidupan kita.

Bagi aku,dalam mentadbir sebuah rumahtangga, sebaik mungkin suatu permasalahan yang kecil usah diperbesarkan dan yang kita rasa besar, dirungkaikan menjadi kecil lantas menghilangkannya.Kesilapan yang lalu menjadi pedoman dalam memperbaiki kelemahan diri.

Teman yang paling rapat adalah insan yang setiap hari bila kita terjaga dari tidur dia ada di sisi, iaitu seorang isteri atau suami.Justeru, hargailah kehidupan bersama.

Hari ini, 20 Ogos, genaplah usia perkahwinanku yang ke 25 tahun.Aku bersyukur mempunyai seorang isteri bernama Faridah Seeron.Aku bahagia dengannya.Dan aku bersyukur kami masih bernafas untuk melayari kehidupan bersama seterusnya dan bersama keluarga tercinta - 5 orang anak-anakku.

ALHAMDULILLAH..

Wednesday, June 29, 2011

Hahahahaha


Dah lebih 10 tahun wajib bagi aku memandu memakai kasut.Sebelum ini menggunakan selipar jepun pun boleh.Tak kisah.Kini memandu tanpa memakai kasut akan membuatkan aku rasa tidak selesa.
Aku ni ada 2 jenis kasut.Jika memandu, aku hanya memakai kasut 'casual'.Tanpa tali.Kasut yang bahagian belakang kasut ada extra 'pad' atau 'tapak'. Manakala yang sepasang lagi memang sentiasa dalam kereta.My 'offical shoe'. Aku akan pakai bila ada appointment & ke pejabat tapi bukan untuk memandu.
Kebiasaannya aku akan tukar setelah tiba destinasi.Buka pintu kereta, ambil kasut kedua aku tu, letak di luar dan terus sarung.Ada tikanya aku hanya tukar di dalam kereta.
Nak jadikan cerita, hari ini tiba sahaja di basement parking tempat aku kerja, aku hanya menukar kasut di dalam kereta.Agak gelap sikit kerana kurang cahaya lampu parking di basement meskipun lampu dalam kereta dibuka.Lepas pakai stokin, aku terus sarung.Done! Dengan semangatnya aku terus masuk lift dan ke pejabat.
Setelah hampir 15 minit di pejabat, aku hendak ke bilik air...sewaktu berjalan aku terpandang kasut aku......Terus terhenti langkah kakiku.....apa lagi, terus keluar , masuk lift terus tekan butang ke basement! Tiba di tingkat 4, lift terbuka.Alamak, ada orang nak masuk ke?...Aku terus silangkan kaki kiri aku sembunyikan kasut disebalik kaki kanan....hehehe....tapi mujur tiada siapa...apa lagi, buka saja pintu lift basement, tanpa toleh kiri kanan aku terus menuju ke kereta...phewww...rindu aku sekejap dgn kasut hitam aku....hahahahahaha...

Tuesday, May 17, 2011

Apabila maklumat penting hilang...

17 Mei 2011, cuti umum sempena perayaan hari wesak.Banyak betul cuti di negaraku tercinta.Rasa macam tak produktif plak bila banyak bercuti...hehe

Isteri tersayang dengan anak bongsuku pagi keluar menonton wayang.Aku malas.Melepak ajer di rumah.Sesekali buka facebook sebab dah lama juga aku tak aktif kecuali sesekali menyampuk melalui telefon.
Lewat petang aku teringat untuk update data sewa rumah di Melaka.Ada bayaran insuran yang belum aku masukkan.Tiba-tiba aku tergamam, file yang aku create sejak 2009 hanya paparkan huruf yang aku pun tak tahu.Semua datanya hilang!!!! Arrghhh.....berjam-jam aku cuba selesaikan permasalahan tapi nyata gagal.
Kali terakhir aku kemaskini file excel berkenaan adalah pada 5 Mei yang lalu.Aku cuma ingat anggaran kasar angkanya.
Nak dijadikan cerita, dulu aku update file tersebut dalam notebook aku sahaja. Kemudian aku pindahkannya dalam external drive. So...tiadalah back-up..Aku rasa macam nak menjerit sahaja melepaskan suara kekecewaan...hanya helaan nafas panjang yang aku mampu.....dan cetusan rasa kecewa pada blog ini.

Moral of the story, buat back-up akan file2 penting!

:(

Friday, April 29, 2011

Sekolahku......

Pada Jumaat 15 April, aku ke Pelabuhan Kelang kerana ada urusan. Sekitar 3km sebelum tiba destinasi yang aku tujui, aku terpandang signboard yang tidak asing bagi aku....Dan aku nekad untuk singgah setelah urusanku selesai.
Kg Raja Uda, itulah nama yang tidak asing bagi aku. ..Ya, aku pernah dibesarkan di Port Swettenham yang kini dikenali Pelabuhan Klang. Aku meronda seketika melusuri Kg Raja Uda menjejaki tempat yang pernah aku diami dan sekolah....ya, sekolah di mana aku mula mengenali huruf....sekolah Methodist Boys School! Tapi kini sekolah tersebut yang merupakan sekolah tertua di Pelabuhan Kelang telah bertukar nama kepada S.K Methodist dan tidak banyak berubah, kecuali kantin lama yg telah tiada dan digantikan kantin baru. Aku belajar di sini daripada darjah 1 hingga darjah 3 iaitu 1969-1971.


Temb
ok yang tertera Rukunegara ini masih dikekalkan tempatnya.Disinilah tempat kami para pelajar bergambar setiap tahun.....tersentuh hati ku terkenang....



Sebatang Pokok Rhu masih kekal di halaman sekolah...di bawah pokok Rhu adalah tempat aku dan kawan2 bermain sebelum kelas bermula dan sewaktu rehat.Dan Terdapat sebatang pokok yang telah berusia di sudut tembok sekolah....pokok2 ini telah berpuluh tahun usianya.....

Antara blok sekolah yang pastinya aku tidak lupa adalah tandas sekolah yang terletak diblok paling kanan sekali dalam sekolah. Masih segar diingatan aku yang mana ramai murid darjah 1 yang tidak berani ke tandas kerana jarak yang agak jauh dr kelas selain kedudukan tandas yang terasing...maka...adalah antara murid yang memerut sahaja dalam seluar....errr....aku tak ..hehe


Memandangkan aku ziarah sewaktu sesi pembelajaran dijalankan, maka tak dapatlah aku mengambil gambar kelas...

Beberapa pemandangan luar sekolah dapat ku ambil.Tapi agak terkilan juga kerana aku gagal mengenal pasti rumah yang pernah aku diami, kerana persekitaran yang berubah tambahan pula anak sungai di antara rumah yang pernah aku diami dan sekolah telah tidak kelihatan.

Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajarku....


Syukur kerana aku masih bernafas dan sihat untuk menikmati keindahan kehidupan ...

Saturday, April 9, 2011

Fraser Hill








Salah satu kegemaran aku adalah menikmati keindahan alam.Mac lalu aku dan keluarga bercuti ke Fraser Hill, Pahang.Kali terakhir aku ke sana sekitar 15 tahun yang lalu. Jarak dari rumah aku ke sana sekitar 130km namun perjalanan masa sekitar 2 jam 30 minit kerana jalan yang sempit dan berliku menuju puncak.

Apa yang menarik tentang Fraser Hill adalah persekitaran alam yang dijaga dan dikekalkan keasliannya.Tiada pembangunan seperti di Cameron Highlands atau Genting.Lantaran itu, suasana pagi yang amat segar disulami kicauan burung dan unggas jelas kedengaran.
Pada waktu malam, kesejukan amat terasa.Itulah yang aku sukai....hembusan angin malam yang dingin...dengan bunyian reriang serta pelbagai unggas...
Aku tidak tahu bila lagi akan ke sana...yang pasti, itulah salah satu destinasi yang memikat hatiku....

Sunday, February 20, 2011

satu lagi kenangan terindah


Sudah lama aku tak post sesuatu pada blog ini.Disebalik kesibukan kerja, masalah teknikal bila nak upload gambar yang kadang-kala berlaku buat aku give-up...

Apa pun, hari ini aku ingin meluahkan rasa gembira aku yang amat sangat.
Sabtu 19hb Februari 2011 merupakan salah satu hari yang penuh indah dalam hidupku.Setelah lebih 30 tahun tak bertemu kawan sekelas semasa belajar di Sekolah Dato' Jaafar (SDJ) serta guru-guru yang pernah mengajar aku, kami akhirnya dapat bertemu pada malam Gala Dinner sempena jubli emas SDJ.
Meskipun hanya 5 orang sahaja dari kami sekelas yang dapat hadir, namun keceriaan jelas terbayang di wajah masing2.

Aku pada mulanya tidak berhasrat untuk hadir kerana ada majlis perkahwinan anak jiran.namun panggilan telefon dari taukeh Wong Chau membuatkan aku mengubah fikiran.Kata-katanya "hei Sasman, ini sekali dalam 50 tahun punya event tau" membuat aku tersentak seketika.Apatah lagi dah 30 tahun aku tak bertemu dia dan kawan yang lain.....akhirnya ok, Jaafarian, here i come!!

Pada awalnya 6 orang yang telah sah hadir - Wan Tien Kwang, Azman Jamal, Asmadi, Wong Chau dan Tong Tze Tin dan aku, tapi Tze Tin & Asmadi menarik diri kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan.
Dan aku agak terkejut & gembira apabila bekas pemain kriket & hoki - Saat Jalil akhirnya muncul.
Meskipun kami cuma berlima, kemeriahan mengatasi angka kerana selain dapat bertemu guru2 yang sememangnya amat kami ingin temui, kami dapat juga berjumpa dengan teman2 lain yang bukan sekelas.

Mrs Lim atau yang kami selalu sebut Mak Lim hadir dengan baju merah. Masih bertenaga & cantik.Mr Harbajan, Guru Besar yang memang begitu terkenal & sinonim d SDJ, turut hadir dan beliau menerima tepukan gemuruh bila setiap kali wajah beliau muncul di layar video.Malahan suasana diluar sewaktu pendaftaran begitu meriah dengan hilai ketawa keseronkan cerita bekas2 pelajar setiapkali bertemu Mr Harbajan. Kami juga dapat bertemu dengan guru subjek Sejarah - Mr Isaac.

Agak terkilan juga guru yang kami ingin temui seperti Mr Ong Eng Sun, tidak muncul dan tiada guru yang mengenali beliau tahu di mana beliau berada.
Cikgu Yunus Simin, telah kembali ke rahmatullah tahun lalu. Manakala Prinsip Akaun, Mr Kwek juga telah meninggal dunia.Apa pun,malam ulangtahun SDJ ke 50 benar2 satu nostalgia yang tidak dapat aku lupakan.......
I Love you SDJ
I Love you Cikgu
I Love you all my friends!!!




Wednesday, August 18, 2010

Saman oh saman!

Dah lama tak menulis di blog ini. Bukannya apa, selain sibuk dengan FB, aku berhenti seketika setelah beberapa kali gagal untuk upload pic dalam blog aku ini...hehe

SEbulan dua ini sibuk diakhbar mahupun di TV akan isu saman ekor...macamana boleh diberi nama saman ekor ye? Sebagai rakyat Malaysia, aku tidak membantah sama sekali akan kaedah saman ekor ni....polis sembunyi disebalik tiang atau tembok dan "snap' kenderaan yang dipandu laju melebihi had kelajuan yang dibenarkan.Okay lah tu.Negara lain pun lakukan perkara yang sama.Malahan ada yang bersedia dalam kereta ronda dan akan mengejar pesalah lalu lintas..siap kau!

Yang menjadi isu adalah perlaksanaannya.Iaitu bagaimana surat saman dihantar kepada pesalah. Aku pernah terima notis saman ekor suatu ketika dulu.Aku bayar! Tapi bila disemak pada laman web polis, ada juga saman ekor yang langsung aku tak terima notisnya!! Lalu perlukah aku ke balai polis dan berkata "encik, saya ada saman ekor sekian2 dan nak tengok sebelum bayar?"
Bukankah pihak polis yang perlu melaksanakan sistem pemberian notis dengan lebih cekap & pantas. Yang pernah aku terima suatu ketika dulu adalah saman ekor yang selepas 3 bulan kesalahn dilakukan....apa ni? Itu mujur aku ingat & pasti yang aku pandu. bagaimana pula bukan yang aku pandu dan tak ingat siapa guna? (maklumlah..kereta syarikat...)
Kini ramai pemandu yang tidak membayar saman ekor akan disenarai hitam namanya dan akan menghadapai masalah ketika mahu mambayar cukai jalan kenderaan! Damn!! Hello enik...hello tuan...Seseorang itu tidak akan didapati bersalah selagi dia tidak terbukti melakukan kesalahan! Lalu bagaimana? Jika mereka yang benar2 buat salah tu aku rasa patutlah, tapi bagi yang telah berpindah alamat dan tak pernah terima notis saman macamana pula?

Dalam kesibukan PDRM mahu rakyat malaysia membayar saman kesalahan jalanraya,timbul persoalan; bagaimana pula saman ekor terhadap pemandu dari negara jiran?? Aku pernah melihat beberapa kali pemandu dari negara Singapura berlumba dengan kereta mewah dikalangan mereka. Tampak jelas mereka bebas memecut laju.Jika disaman pun, aku pasti ada yang tak bayar langsung.Untuk makluman, berjuta ringgit juga saman ekor yang tak dibayar oleh pesalah negara jiran ni!!! Apakah kita takut bertindak kerana khuatir akan menjejas industri pelancungan atau kita tak berani atau kerajaan kita, khususnya PDRM tidak mempunyai kaedah berkesan untuk pesalah ini menghormati undang2 negara kita?

Aku ingin berkongsi cerita pengalaman Pengurus Kawasan (Regional Manager) tempat aku bekerja di JB suatu ketika dahulu. RM aku ini (dah aruah), telah ke Singapura.Sewaktu pulang, beliau telah ditahan oleh pihak imigeresen ketika hendak chop keluar paspot beliau. Beliau telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Singapura bahawa beliau ada melakukan kesalahan lalu lintas pada tarikh serta tempat tertentu.RM aku ni pertikaikan kerana jelas terbukti pada paspot, bahawa beliau tidak memasuki negara Singapura pada tarikh berkenaan.Tahu apa berlaku??
RM aku diberi kata dua "Either you pay the summon or you can't go out from this country & you can aspect the consequences!". Nak tak nak, terpaksalah RM aku bayar saman tu..Bila balik JB dan disemak diarinya, barulah dia tahu bahawa seorang pengurus dari KL telah mengguna kenderaan beliau ke Singapura.

Apakah pihak berkuasa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama? Mudah bukan?? Takut nanti terjejas industri pelancungan negara kita ke? WTF!!!

Lantaran itu, jika nak tegakkan undang2 terhadap rakyat sendiri, jangan lupa ajar orang lain untuk menghormati undang2 negara kita.Tak kiralah dari negara mana sekali pun pesalah berkenaan. Jika tidak, keluarkanlah prinsip 'kedaulatan undang2' dari Rukun Negara!

Sunday, February 7, 2010

Bertemu lagi kawan lama..


Hemm...dah agak lama tak menulis blog.Bukannya apa, give up juga bila lately tak boleh nak upload pics....

Apapun aku nak menulis tentang pertemuan aku dengan kawan lama masa di Taman Pelangi Johor Bahru.Teman sepermainan - bolasepak.Teman lepak mengurat awek....ooppsss...bukan aku...bukan aku....hehehe...aku tak reti mengurat! Serious. Tak caya tanya depa!

Abdul Hadi Yusof itulah namanya....dia ni bab nyakat awek memang handal...hehehe...
Setelah sekitar 25 tahun tak bertemu bersembang bergelak ketawa....akhirnya kami ketemu jua. Ini semua gara-gara adik aku Lan a.k.a Amal Chulan Chin, yang dapat 'trace' si Hadi ni di FB.So semalam Sabtu 6hb, kami bertemu di kopitiam dekat bandar Tun Hussein Onn. Adalah sekitar 3 jam pop pep pop pep huha huha...refresh those teenagers precious time memories... haha
Well, seems Hadi is doing well in his living.Our meeting last night is a beginning of our reunion....old buddies ...good buddies.. Cheersssss!!

Friday, January 1, 2010

Tahun baru yang bersejarah

Alhamdulillah dengan anugerahNya aku masih bernafas pada 1.1.2010 . Hidup. sihat & nikmat, itulah anugerahNYA yang paling agung.
Sekali lagi, aku dapat merai ulangtahun kelahiran ibuku tercinta.Hari ini, bonda Wan Zahrah menjangkau usia 78 tahun. Alhamdulillah.Aku masih punya seorang ibu.

Hari ini, begitu bermakna sekali.Hasrat ibuku yang ingin membuat jamuan bersama anak2 saudaranya tercapai. Adik aku Melati, telah berpakat dengan aku untuk membuat kejutan pada ulangtahunnya kali ini. Yang menariknya, pakatan kejutan ini juga disokong oleh sepupuku Okie.
Aku agak terharu dan berterima kasih apabila Okie datang bersama hubbynya Rauf serta anak mereka Raqib.Turut hadir adalah hardcore fan KRU, Zainab dengan anaknya Suraya serta Aloha, yang bertaraf auntie aku juga tapi dah kira macam sepupu sebab semasa kami masih bersekolah lagi dan panggil ikut nama aja.Muda dan lawa lah! Aloha ditemani anaknya Nadia.

Dan dah tentu nya ketua komplot kejutan, adikku Melati dan keluarganya hadir. Lan sekeluarga dan abang sulungku Azli sekeluarga, yang datang dari Melaka.

Menu hari ini adalah menu warisan kerabat bondaku - mee rebus tauchu yang dimasak oleh isteriku. Tak sangka bondaku terima hadiah dari Okie, Aloha & Zai.Meriah sungguh majlis hari ini lebih lagi apabila kami bersembang sengan sepupu yang dah lama tak jumpa ni hal2 zaman remaja....oopss....we are still young tau!

Bondaku memang berhasrat untuk mengadakan majlis makan bersama anak-anak saudaranya, dan hari ini, kami merealisasikannya.
Selamat ulangtahun mak!

Alhamdulillah & terima kasih kepada semua yang terlibat & memberi kerjasama.

Love you all!

Wednesday, December 30, 2009

Cuti panjang

Sepanjang aku bekerja dan berumah-tangga serta mempunyai 5 orang anak inilah buat julung kalinya aku bercuti panjang bersama keluarga - 8 hari!

Kebetulan bulan Disember ini banyak cuti awam pada hari Jumaat jadi jadi julmlah cuti termasuk hari minggu adalah 14 hari.Kebetulan juga aku stress bekerja di pejabat, maka ada baiknya aku tenangkan minda dan rehatkan tubuh badan dengan keluarga ku tersayang.
Kami bercuti ke Terengganu bermula di Awana Kijal pada 22hb.(sewa Apartment Baiduri yang diuruskan biras aku Ismail).Selain dari keluarga ipar aku Shamsinah, ibu mentua aku turut serta. Pada Selasa 23hb, kami bertolak ke Kuala Terengganu dan menginap di banglow Pantai Batu Burok milik Bank Negara.Isteri aku 'booking' banglow ini sejak bulan Oktober lalu melalui undian.
Berbanding di Kijal yang mana kami banyak melayan anak2 mandi manda di kolam hotel Awana ,menikmati keindahan alam di pantai Kemasik, dan keindahan malam di kawasan 'oil & gas', di KT ni kami banyak berjalan ke Pasar Payang, Pusat Tamadun Islam (tempat Masjid Kristal).Bagi sesiapa yang ingin bercuti ke KT, aku memang sarankan agar singgahlah ke tempat ini.Sayangnya kami tak berkesempatan untuk jalan2 di tepi pantai beramai2.

Pada malam Khamis 24hb, kami adakan BBQ.Syafique, Haziq, Iman & Sufi tukang bakar.Aku & Ridha, jurugambar dan yang lain2 tukang 'ngap' hehe...malam yang menyeronokkan! Bagusnya apabila semua ringan tulang bersama menjayakan malam BBQ.
Oh ye, sepanjang cuti ni, 'Ginko' turut serta...sayangnya Jingga tiada.Tapi......ada tetamu tak diundang datang, seekor kuching hitam milik salah seorang kakitangan BNM bermanja dengan kami.Ouuchhh...lawa sungguh kuching tu, mujur ada tuan, kalu tak....welcome to Cheras lah nampaknya...

Pada pagi Sabtu 25hb,ketika kami ingin bertolak ke JB , ibu bapa kepada office mate isteri aku, Dr Hamim, datang bertandang.Terharu juga aku.Banyak buah tangan yang diberinya.Yang lebih buat aku terharu & berterima kasih apabila Tuan Haji & isterinya dengan ikhlas & rela hati menunjuk aku jalan ke Jerangau-Jabor.Aku rasa tak kurang dari 35km jaraknya dari tempat kami menginap ke persimpangan yang mereka bawa kami untuk kami teruskan pejalanan ke Jabor.Susah aku nak jumpa umat macam mereka di zaman sekarang ini.

Hari Sabtu , dari KT kami terus ke Kg Melayu, JB kerana sepupu aku buat majlis perkahwinan anak perempuannya. Kami bertolak jam 8.30 pagi melalui KT-Jerangau-Jabor-Gambang Segamat dan tiba di rumah pengantin jam 6.45 ptg.
Esoknya kami beramai2 pergi menoton Avatar.Sewaktu menanti tayangan, aku terserempak dengan isteri sepupu aku, Dr. Mohd Shuisma dengan anak2nya.Agak lama juga kami tak berjumpa.Tup-tup anak2 dah besar & masuk 'U' pun.

Hari Isnin 27hb, kami sekeluarga pulang ke Kuala Lumpur....Alhamdulillah.

Thursday, December 17, 2009

Hijrah.......

Hari ini Awal Muharam 1431 Hijrah. Pantas masa berlalu....tahun baru kalendar Islam dan tinggal 13 hari lagi untuk melangkah ke tahun 2010 kalendar masehi.
Jika direnung dan mengambil kira masa yang berlalu dan apa yang telah berjaya dilakukan...dan jika masa boleh diputarkan kebelakang, banyak yang hendak diperbetulkan....tapi itu suara orang yang tak redha...insan yang duduk dalam lipatan sejarah....tak perlu lagi kata-kata 'kalau aku tahu" atau 'kalau aku buat macam ini tentu tak jadi.....' dan lain-lain kata kesalan.
Hidup mesti diteruskan.Kita tidak tahu masa hadapan serta baki jangka hayat kita yang ada.Berserahlah kepadaNYA.Mohon bimbingan daripadaNya ke arah kesempurnaan kehidupan dan kesihatan serta limpah kurnia kekayaanNYA.
Salam Ma'al Hijrah!

Sunday, December 13, 2009

Perjumpaan Kerabat Al-Marhum Engku Ibrahim Ibni Engku Idris


Bersama Bonda yang dikasihi.

Dari kiri: YM Raja Rahman, Wan Norzaini, Ayahanda Wan Musadek,Ayahanda Wan Rahman, Bonda & Bonda Wan Safiah

2 MU's fan against 1 LFC's fan

Alhamdulillah. Atas izin kesihatan yang dikurniaNya, hari ini aku, isteri dan Haziq serta bonda tersayang, abangku Azli, isteri dan anaknya Shahir serta Melati & suami telah menghadiri perjumpaan keluarga dari susur galur moyangku Engku Ibrahim pemerintah Muar yang ketiga di Hotel De Palma, Shah Alam.
Anggaran yang hadir sekitar 250 orang, satu permulaan yang baik yang berjaya diuasahakan oleh Kapten Wan Norzaini Wan Mustaffa (pangkat anak saudara aku).Syabas!
Majlis ini telah menemukan kami dengan saudara mara yang telah lama tak bertemu seperti Okie , Zainab,'Pas', Salome, abang Hussin & Raha dan tak lupa Elin & the MU's die hard fan hubby - Ridzuan!
Hemm....big family rupanya kami ni.
Juga hadir adalah pengkaji serta penulis beberapa buah buku berkaitan kerabat di Raja Melayu seperti berkaitan Tun Sri Lanang, Ahlul Bait di Asia Tenggara iaitu HJ Muzaffar dan isterinya Tun Suzana Osman
Juga kerabat di facebook yang pertama kali kami jumpa seperti Wan Norzaini sendiri, Raja Rahman & Wan Khadija.
Insyaallah, tahun hadapan perjumpaan yang lebih besar akan berlaku!

Wednesday, December 2, 2009

Happy Birthday!

Ehemm...what should i write....well of course today is another day of thankful to God...Another chapter of my life.I'm still able to breath...able to have great times with my family, my wife & my kids.Still can hear my mom voice. Sms & hello with my brothers & sisters.Relatives.Huha at kopitiam with friends & meeting with clients...and the most important , to enjoy life with great health.Alhamdulillah!

It's my birthday today! It really touched my heart when received wishes from families & friends..To add some joy of this special day, I received presents from my mom and my sisters. Bed sheet from Bonda. Books from my sisters; Melati & Maslina.And white (my favourite colour) Nike shirt from wife.At today age, it really touched my heart for the thought & wishes.
At night, my family (except Along) & I went to have dinner at Village View, Jalan Reko, Kajang.It was the first time for us. Nice & clean place but the food not really as what we are expecting.Anyway, Alhamdulillah we still can eat & drinks & having dinner together.

What ever number of your age every year, it's just a figure! Love life to its fullest.
By the way, do I look 47 ?
Cheers... :)