Wednesday, November 25, 2009

Bertemu kawan lama

Alhamdulillah.
Atas kesihatan serta usia yg ada dan nikmat serta limpah RahmatNYA, hari ini adalah suatu hari yang sungguh istimewa bagi aku.
Tengahari ini, aku dapat bertemu seorang sahabat yang sudah hampir 32 tahun terpisah semasa kami tinggal di Jalan Merah, Taman Pelangi, Johor Bahru. Kami berjiran selang beberapa pintu.Kawan aku ni 'kaki gitar'. Sekitar tahun 1977, dia satu-satunya kawan aku yang punya gitar 'twelve strings acoustic guitar' - Yamaha!!.Aku sekadar lihat kehebatannya bermain gitar.Kami tersenyum ketawa terkenang zaman berjiran.

Petang hari ini, aku bertemu juga seorang teman lama yang sekitar hampir 27 tahun tidak bertemu.Juga dari Taman Pelangi tapi pada masa itu aku tinggal di Jalan Jerau 2. Beliau ini pula bukan sahaja junior aku di Sekolah Dato' Jaafar (SDJ) malahan rakan bolasepak.
Kebetulan hari ini dia ada urusan perniagaan di Kuala Lumpur dan aku pula ada urusan perniagaan yang hendak dibincangkan dengan beliau.Selepas berbincang, kami lepak minum di sebuah kopitiam dekat ofis aku.Ketawa riang kami teringat zaman remaja. Terasa jadi remaja sekejap... hehehe..

Yang menarik lagi kami bertiga saling kenal mengenali antara satu sama lain.Cuma agak 'upset' kami tidak dapat bertemu serentak.
Wan Ibnul Bahar dapat aku temui pada waktu lunch manakala Hazman Shane di sebelah petang.Itulah mereka yang dah lama tidak kami temui.Kenangan lalu mengusik jiwa. Alhamdulillah.

Saturday, November 21, 2009

Selamat tinggal JINGGA!


Hari ini aku membawa anak-anakku - Ika, Haziq & Sufiah untuk menonton cerita 2012. Jarak rumah aku ke pawagam yang berada di shopping mall AEON Balakong,Cheras hanya sekitar 4km.Tak jauh.Selepas menonton, kami terus balik.
Kami tiba rumah sekitar jam 2.30ptg. Sufiah dan Haziq turun dari kereta untuk membuka pintu pagar rumah. Di ikuti oleh Ika yang duduk di belakang tempat duduk penumpang hadapan.
Tiba-tiba aku terdengar Ika menjerit terkejut. "Ayah! Jingga!" Aku yg masih berada di dalam kereta terus menoleh belakang ke arah kiri.Aku dapati Ika sedang mencangkung sambil kedua tapak tangannya menutup telinga merenung sesuatu. Aku bergegas keluar. Ika sedang menangis....
Ohhh tidakk!!! JINGGA terbujur di atas jalanraya di hadapan rumah jiran aku.Mata kanannya tersembul keluar....mulutnya berdarah....Aku terus mengangkat JINGGA dan meletakkan di hadapan rumah aku.
Aku masuk semula ke dalam kereta dan memandunya ke dalam halaman rumah. Sebaik sahaja injin kereta dimatikan, airmata aku mengalir....aku tak dapat kawal emosi...aku menangis....
Untuk seketika aku berada di dalam kereta.Mengalir airmata....
Kucing kesayanganku JINGGA telah mati kemalangan...
Tiba-tiba aku terkenang pada pagi ini sebelum ke pawagam, kami bergurau.Luka gigitan gurauan JINGGA di tangan kiri aku masih terasa....Perasaan sentuhan kasih aku kepadanya masih terasa..
JINGGA yang diambil oleh anakku Syafique dari sebuah kedai makan ketika ia masih berusia sekitar 2 bulan September lalu.Seekor anak kucing jantan terbiar.JINGGA memang manja dengan aku.Pagi ini dia datang naik ke pehaku sambil baring dan mengeluarkan bunyi "lapar"nya yang sebenar adalah kemanjaannya. Dia selalu begitu pada aku.Kerana aku suka mengusap-usap kepalanya.Kemudian dia beralih pula ke peha Haziq sebelum lari naik ke atas rumah.Aku agak pelik melihat JINGGA hari ini.Pertama kali dia naik ke atas meninjau bilik. Beberapa kali Sufiah ambil dia turun dan kemudian JINGGA naik semula. Aku mengarahkan semua pintu bilik atas di tutup kerana khuatir kenakalannya jika berada di atas sepanjang kami keluar menonton wayang.Perangai peliknya membuat hati kecil aku berdetik seolah-olah JINGGA akan mati....dan aku tak sangka ianya menjadi kenyataaan...
JINGGA memang manja dengan aku.Setiap kali aku hendak pergi kerja JINGGA pasti mengekori aku. Aku akan biarkan ia masuk ke dalam kereta seketika dan kemudian akan mengambilnya keluar sebelum aku memandu.
Jika aku balik waktu malam dan JINGGA sedang tidur, dia pasti bangun dan datang kepadaku bermanja. Aku akan membelai dan mengusap bawah lehernya sebelum aku masuk ke rumah.....tapi.....tapi....itu semua sudah tiada....ianya menjadi kenangan....
JINGGA satu-satunya kucing peliharaan ku yang telah berjaya membuat aku menangis atas kehilangannya......
Selamat tinggal JINGGA.........i will miss u.... '(


Wednesday, November 18, 2009

I am sorry

"I am sorry". That is the most simple word that you should say when you had done something wrong and hurt the feeling of someone- intentionally or unintentionally.
But sometimes people don't look it seriously.Well, maybe because we are use to with the character of person hurts or may be the small self or ego that 'zipped' the lips to say "I am sorry"? Or perhaps maybe the one that hurts initially caused it?
Don't we feel guilty or regret for life if suddenly the one that hurts passed away and we yet to say "I am sorry"?

Will we loose our pride or dignity by saying "I am sorry" for the sake of better relationship?
The scar may cut deep in the heart but the the guts to say "I am sorry" towards the mistakes we made is an act of wisdom.

With love we are connected. With love, we forgive and forget!
Love you all!

Saturday, October 24, 2009

YOU RAISE ME UP

"You will never know and truly understand a feeling of a father until you became a father.
You will never know and truly understand a feeling of a mother until you became a mother."

I would like to share  a song popular by Westlife with great melody & lyric.Meaningful to me.



"You Raise Me Up"

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

[Instrumental break]

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.


Always appreciates & love your parents when they are still alive.When they are still with you.




Saturday, October 10, 2009

Pentingnya Salasilah Keturunan

Suatu ketika dahulu, keakraban orang Melayu berkait-rapat dengan hubungan kekeluargaan.Golongan DiRaja dan bangsawan amat menitik berat akan hal silaturahim di kalangan mereka.Manakala orang kebanyakan, hubungan persaudaraan dititik-beratkan.
Suatu ketika dahulu, amat mudah mendapati di sesebuah kampong Melayu di mana sebilangan besar penduduknya ada pertalian.

Kehadiran penjajah memecahbelahkan silaturahim dari kalangan umat Melayu beragama Islam.Mereka menjajah dengan alasan rempah ratus.Orang putih (penjajah) makan rempah ratus ke? Mereka berniaga rempah ratus? Penjajah yang datang adalah mubaligh Kristian dengan agenda tersendiri.Meluaskan empayar penjajah di Nusantara dengan matlamat dari aspek penguasaan ekonomi amat diragui.Negeri-negeri di Tanah Melayu suatu ketika dahulu dikuasai,diperintah dan ditadbir oleh sistem kesultanan Melayu itu sendiri.Semua Sultan beragama Islam.Melaka adalah antara negeri yang terkenal melewati ke negara China.Melaka dikataka antara kerajaan yang kuat selepas kerajaan majapahit di Indonesia.Akhirnya Melaka musnah dijajah.Tinggallah Melaka kini tanpa Sultan.
Di manakah keturunan kesultanan Melaka? Sebab itu pentingnya sejarah.

Apapun, aku bukan nak bercerita panjang lebar hal keturunan Sultan Melaka.Aku nak cerita tentang keturunan aku melalui salahsilah.Kepada anak ku yang dikasihi, anak-anak saudaraku yang disayangi, layarilah laman ini ;

http://portal.temenggongmuar.com

Lihatlah salahsilah Engku Ibrahim Ibni Engku Idris.
Pentingnya untuk kita ketahui asal-usul.Bukan untuk dibanggakan kerana yang amat penting adalah keimanan dan penyerahan kita kepada Allah.Yang dikehendaki sedikit sebanyak mengetahui salasilah adalah agar bangsa Melayu kita bersatu dan tidak dipandang hina oleh bangsa lain! Kembalikan kekuatan kekeluargaan seperti pada zaman pemerintahan Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu,
Sebab itu pentingnya salasilah sesebuah keluarga.

Sunday, September 13, 2009

I,Me,Myself & the Highway











One of my favorite things to do while driving outstation alone is taking pictures.....yes, while i'm on the steering wheel! The routes - the highway - have it own unique panorama.The weather plays it roles in contributing the beauties between the nature and men made infrastructure.
What a wonderful world!

Sunday, August 16, 2009

Pecah lagi!

Pagi ini aku seharusnya keluar rumah jam 7.30pagi kerana ada pertemuan di kota.Ketika sedang bersiap-sedia aku mendengar bibik aku memanggil... "Pak...Pak....cermin keretanya pecah!"
Adoi...aku terus keluar dan melihat kereta "Mr Black Macho" aku...kesian...cedera dia ...
Malam tadi sekitar jam 1.00 pagi aku ada terdengar bunyi seperti sesuatu dilanggar kemudian disusuli suara anjing menyalak.Terdetik di hati untuk menjenguk luar dari tingkap bilik air aku, tapi bila aku terdengar ada suara orang bercakap2 ...so aku pun ignore lah kerana menyangka itu kerenah salah seorang jiran aku....tapi di awal paginya ternyata silap dugaan aku.

Ini kali kedua terjadi.
Sekitar awal 2007, kereta Kembara menjadi mangsa.Pecah berderai cermin hadapan bahagian penumpang.Habis bekas duit syiling serta beberapa barangan dicuri.Tapi kali ini cermin sisi pintu belakang kiri Persona aku cuma retak seribu.Mujur tinted.

Ntahlah, biasanya aku akan bangun menjenguk diluar jika terdengar sesuatu yang 'pelik' berbunyi ..tapi semalam....hemm...dah nak kena...dah berlaku....terima & redha sahajalah....meski pun dalam kegawatan poket ku.....
Arggghhh...kena pecah lagi!!