Wednesday, December 30, 2009

Cuti panjang

Sepanjang aku bekerja dan berumah-tangga serta mempunyai 5 orang anak inilah buat julung kalinya aku bercuti panjang bersama keluarga - 8 hari!

Kebetulan bulan Disember ini banyak cuti awam pada hari Jumaat jadi jadi julmlah cuti termasuk hari minggu adalah 14 hari.Kebetulan juga aku stress bekerja di pejabat, maka ada baiknya aku tenangkan minda dan rehatkan tubuh badan dengan keluarga ku tersayang.
Kami bercuti ke Terengganu bermula di Awana Kijal pada 22hb.(sewa Apartment Baiduri yang diuruskan biras aku Ismail).Selain dari keluarga ipar aku Shamsinah, ibu mentua aku turut serta. Pada Selasa 23hb, kami bertolak ke Kuala Terengganu dan menginap di banglow Pantai Batu Burok milik Bank Negara.Isteri aku 'booking' banglow ini sejak bulan Oktober lalu melalui undian.
Berbanding di Kijal yang mana kami banyak melayan anak2 mandi manda di kolam hotel Awana ,menikmati keindahan alam di pantai Kemasik, dan keindahan malam di kawasan 'oil & gas', di KT ni kami banyak berjalan ke Pasar Payang, Pusat Tamadun Islam (tempat Masjid Kristal).Bagi sesiapa yang ingin bercuti ke KT, aku memang sarankan agar singgahlah ke tempat ini.Sayangnya kami tak berkesempatan untuk jalan2 di tepi pantai beramai2.

Pada malam Khamis 24hb, kami adakan BBQ.Syafique, Haziq, Iman & Sufi tukang bakar.Aku & Ridha, jurugambar dan yang lain2 tukang 'ngap' hehe...malam yang menyeronokkan! Bagusnya apabila semua ringan tulang bersama menjayakan malam BBQ.
Oh ye, sepanjang cuti ni, 'Ginko' turut serta...sayangnya Jingga tiada.Tapi......ada tetamu tak diundang datang, seekor kuching hitam milik salah seorang kakitangan BNM bermanja dengan kami.Ouuchhh...lawa sungguh kuching tu, mujur ada tuan, kalu tak....welcome to Cheras lah nampaknya...

Pada pagi Sabtu 25hb,ketika kami ingin bertolak ke JB , ibu bapa kepada office mate isteri aku, Dr Hamim, datang bertandang.Terharu juga aku.Banyak buah tangan yang diberinya.Yang lebih buat aku terharu & berterima kasih apabila Tuan Haji & isterinya dengan ikhlas & rela hati menunjuk aku jalan ke Jerangau-Jabor.Aku rasa tak kurang dari 35km jaraknya dari tempat kami menginap ke persimpangan yang mereka bawa kami untuk kami teruskan pejalanan ke Jabor.Susah aku nak jumpa umat macam mereka di zaman sekarang ini.

Hari Sabtu , dari KT kami terus ke Kg Melayu, JB kerana sepupu aku buat majlis perkahwinan anak perempuannya. Kami bertolak jam 8.30 pagi melalui KT-Jerangau-Jabor-Gambang Segamat dan tiba di rumah pengantin jam 6.45 ptg.
Esoknya kami beramai2 pergi menoton Avatar.Sewaktu menanti tayangan, aku terserempak dengan isteri sepupu aku, Dr. Mohd Shuisma dengan anak2nya.Agak lama juga kami tak berjumpa.Tup-tup anak2 dah besar & masuk 'U' pun.

Hari Isnin 27hb, kami sekeluarga pulang ke Kuala Lumpur....Alhamdulillah.

Thursday, December 17, 2009

Hijrah.......

Hari ini Awal Muharam 1431 Hijrah. Pantas masa berlalu....tahun baru kalendar Islam dan tinggal 13 hari lagi untuk melangkah ke tahun 2010 kalendar masehi.
Jika direnung dan mengambil kira masa yang berlalu dan apa yang telah berjaya dilakukan...dan jika masa boleh diputarkan kebelakang, banyak yang hendak diperbetulkan....tapi itu suara orang yang tak redha...insan yang duduk dalam lipatan sejarah....tak perlu lagi kata-kata 'kalau aku tahu" atau 'kalau aku buat macam ini tentu tak jadi.....' dan lain-lain kata kesalan.
Hidup mesti diteruskan.Kita tidak tahu masa hadapan serta baki jangka hayat kita yang ada.Berserahlah kepadaNYA.Mohon bimbingan daripadaNya ke arah kesempurnaan kehidupan dan kesihatan serta limpah kurnia kekayaanNYA.
Salam Ma'al Hijrah!

Sunday, December 13, 2009

Perjumpaan Kerabat Al-Marhum Engku Ibrahim Ibni Engku Idris


Bersama Bonda yang dikasihi.

Dari kiri: YM Raja Rahman, Wan Norzaini, Ayahanda Wan Musadek,Ayahanda Wan Rahman, Bonda & Bonda Wan Safiah

2 MU's fan against 1 LFC's fan

Alhamdulillah. Atas izin kesihatan yang dikurniaNya, hari ini aku, isteri dan Haziq serta bonda tersayang, abangku Azli, isteri dan anaknya Shahir serta Melati & suami telah menghadiri perjumpaan keluarga dari susur galur moyangku Engku Ibrahim pemerintah Muar yang ketiga di Hotel De Palma, Shah Alam.
Anggaran yang hadir sekitar 250 orang, satu permulaan yang baik yang berjaya diuasahakan oleh Kapten Wan Norzaini Wan Mustaffa (pangkat anak saudara aku).Syabas!
Majlis ini telah menemukan kami dengan saudara mara yang telah lama tak bertemu seperti Okie , Zainab,'Pas', Salome, abang Hussin & Raha dan tak lupa Elin & the MU's die hard fan hubby - Ridzuan!
Hemm....big family rupanya kami ni.
Juga hadir adalah pengkaji serta penulis beberapa buah buku berkaitan kerabat di Raja Melayu seperti berkaitan Tun Sri Lanang, Ahlul Bait di Asia Tenggara iaitu HJ Muzaffar dan isterinya Tun Suzana Osman
Juga kerabat di facebook yang pertama kali kami jumpa seperti Wan Norzaini sendiri, Raja Rahman & Wan Khadija.
Insyaallah, tahun hadapan perjumpaan yang lebih besar akan berlaku!

Wednesday, December 2, 2009

Happy Birthday!

Ehemm...what should i write....well of course today is another day of thankful to God...Another chapter of my life.I'm still able to breath...able to have great times with my family, my wife & my kids.Still can hear my mom voice. Sms & hello with my brothers & sisters.Relatives.Huha at kopitiam with friends & meeting with clients...and the most important , to enjoy life with great health.Alhamdulillah!

It's my birthday today! It really touched my heart when received wishes from families & friends..To add some joy of this special day, I received presents from my mom and my sisters. Bed sheet from Bonda. Books from my sisters; Melati & Maslina.And white (my favourite colour) Nike shirt from wife.At today age, it really touched my heart for the thought & wishes.
At night, my family (except Along) & I went to have dinner at Village View, Jalan Reko, Kajang.It was the first time for us. Nice & clean place but the food not really as what we are expecting.Anyway, Alhamdulillah we still can eat & drinks & having dinner together.

What ever number of your age every year, it's just a figure! Love life to its fullest.
By the way, do I look 47 ?
Cheers... :)

Wednesday, November 25, 2009

Bertemu kawan lama

Alhamdulillah.
Atas kesihatan serta usia yg ada dan nikmat serta limpah RahmatNYA, hari ini adalah suatu hari yang sungguh istimewa bagi aku.
Tengahari ini, aku dapat bertemu seorang sahabat yang sudah hampir 32 tahun terpisah semasa kami tinggal di Jalan Merah, Taman Pelangi, Johor Bahru. Kami berjiran selang beberapa pintu.Kawan aku ni 'kaki gitar'. Sekitar tahun 1977, dia satu-satunya kawan aku yang punya gitar 'twelve strings acoustic guitar' - Yamaha!!.Aku sekadar lihat kehebatannya bermain gitar.Kami tersenyum ketawa terkenang zaman berjiran.

Petang hari ini, aku bertemu juga seorang teman lama yang sekitar hampir 27 tahun tidak bertemu.Juga dari Taman Pelangi tapi pada masa itu aku tinggal di Jalan Jerau 2. Beliau ini pula bukan sahaja junior aku di Sekolah Dato' Jaafar (SDJ) malahan rakan bolasepak.
Kebetulan hari ini dia ada urusan perniagaan di Kuala Lumpur dan aku pula ada urusan perniagaan yang hendak dibincangkan dengan beliau.Selepas berbincang, kami lepak minum di sebuah kopitiam dekat ofis aku.Ketawa riang kami teringat zaman remaja. Terasa jadi remaja sekejap... hehehe..

Yang menarik lagi kami bertiga saling kenal mengenali antara satu sama lain.Cuma agak 'upset' kami tidak dapat bertemu serentak.
Wan Ibnul Bahar dapat aku temui pada waktu lunch manakala Hazman Shane di sebelah petang.Itulah mereka yang dah lama tidak kami temui.Kenangan lalu mengusik jiwa. Alhamdulillah.

Saturday, November 21, 2009

Selamat tinggal JINGGA!


Hari ini aku membawa anak-anakku - Ika, Haziq & Sufiah untuk menonton cerita 2012. Jarak rumah aku ke pawagam yang berada di shopping mall AEON Balakong,Cheras hanya sekitar 4km.Tak jauh.Selepas menonton, kami terus balik.
Kami tiba rumah sekitar jam 2.30ptg. Sufiah dan Haziq turun dari kereta untuk membuka pintu pagar rumah. Di ikuti oleh Ika yang duduk di belakang tempat duduk penumpang hadapan.
Tiba-tiba aku terdengar Ika menjerit terkejut. "Ayah! Jingga!" Aku yg masih berada di dalam kereta terus menoleh belakang ke arah kiri.Aku dapati Ika sedang mencangkung sambil kedua tapak tangannya menutup telinga merenung sesuatu. Aku bergegas keluar. Ika sedang menangis....
Ohhh tidakk!!! JINGGA terbujur di atas jalanraya di hadapan rumah jiran aku.Mata kanannya tersembul keluar....mulutnya berdarah....Aku terus mengangkat JINGGA dan meletakkan di hadapan rumah aku.
Aku masuk semula ke dalam kereta dan memandunya ke dalam halaman rumah. Sebaik sahaja injin kereta dimatikan, airmata aku mengalir....aku tak dapat kawal emosi...aku menangis....
Untuk seketika aku berada di dalam kereta.Mengalir airmata....
Kucing kesayanganku JINGGA telah mati kemalangan...
Tiba-tiba aku terkenang pada pagi ini sebelum ke pawagam, kami bergurau.Luka gigitan gurauan JINGGA di tangan kiri aku masih terasa....Perasaan sentuhan kasih aku kepadanya masih terasa..
JINGGA yang diambil oleh anakku Syafique dari sebuah kedai makan ketika ia masih berusia sekitar 2 bulan September lalu.Seekor anak kucing jantan terbiar.JINGGA memang manja dengan aku.Pagi ini dia datang naik ke pehaku sambil baring dan mengeluarkan bunyi "lapar"nya yang sebenar adalah kemanjaannya. Dia selalu begitu pada aku.Kerana aku suka mengusap-usap kepalanya.Kemudian dia beralih pula ke peha Haziq sebelum lari naik ke atas rumah.Aku agak pelik melihat JINGGA hari ini.Pertama kali dia naik ke atas meninjau bilik. Beberapa kali Sufiah ambil dia turun dan kemudian JINGGA naik semula. Aku mengarahkan semua pintu bilik atas di tutup kerana khuatir kenakalannya jika berada di atas sepanjang kami keluar menonton wayang.Perangai peliknya membuat hati kecil aku berdetik seolah-olah JINGGA akan mati....dan aku tak sangka ianya menjadi kenyataaan...
JINGGA memang manja dengan aku.Setiap kali aku hendak pergi kerja JINGGA pasti mengekori aku. Aku akan biarkan ia masuk ke dalam kereta seketika dan kemudian akan mengambilnya keluar sebelum aku memandu.
Jika aku balik waktu malam dan JINGGA sedang tidur, dia pasti bangun dan datang kepadaku bermanja. Aku akan membelai dan mengusap bawah lehernya sebelum aku masuk ke rumah.....tapi.....tapi....itu semua sudah tiada....ianya menjadi kenangan....
JINGGA satu-satunya kucing peliharaan ku yang telah berjaya membuat aku menangis atas kehilangannya......
Selamat tinggal JINGGA.........i will miss u.... '(


Wednesday, November 18, 2009

I am sorry

"I am sorry". That is the most simple word that you should say when you had done something wrong and hurt the feeling of someone- intentionally or unintentionally.
But sometimes people don't look it seriously.Well, maybe because we are use to with the character of person hurts or may be the small self or ego that 'zipped' the lips to say "I am sorry"? Or perhaps maybe the one that hurts initially caused it?
Don't we feel guilty or regret for life if suddenly the one that hurts passed away and we yet to say "I am sorry"?

Will we loose our pride or dignity by saying "I am sorry" for the sake of better relationship?
The scar may cut deep in the heart but the the guts to say "I am sorry" towards the mistakes we made is an act of wisdom.

With love we are connected. With love, we forgive and forget!
Love you all!