Hari ini aku membawa anak-anakku - Ika, Haziq & Sufiah untuk menonton cerita 2012. Jarak rumah aku ke pawagam yang berada di shopping mall AEON Balakong,Cheras hanya sekitar 4km.Tak jauh.Selepas menonton, kami terus balik.
Kami tiba rumah sekitar jam 2.30ptg. Sufiah dan Haziq turun dari kereta untuk membuka pintu pagar rumah. Di ikuti oleh Ika yang duduk di belakang tempat duduk penumpang hadapan.
Tiba-tiba aku terdengar Ika menjerit terkejut. "Ayah! Jingga!" Aku yg masih berada di dalam kereta terus menoleh belakang ke arah kiri.Aku dapati Ika sedang mencangkung sambil kedua tapak tangannya menutup telinga merenung sesuatu. Aku bergegas keluar. Ika sedang menangis....
Ohhh tidakk!!! JINGGA terbujur di atas jalanraya di hadapan rumah jiran aku.Mata kanannya tersembul keluar....mulutnya berdarah....Aku terus mengangkat JINGGA dan meletakkan di hadapan rumah aku.
Aku masuk semula ke dalam kereta dan memandunya ke dalam halaman rumah. Sebaik sahaja injin kereta dimatikan, airmata aku mengalir....aku tak dapat kawal emosi...aku menangis....
Untuk seketika aku berada di dalam kereta.Mengalir airmata....
Kucing kesayanganku JINGGA telah mati kemalangan...
Tiba-tiba aku terkenang pada pagi ini sebelum ke pawagam, kami bergurau.Luka gigitan gurauan JINGGA di tangan kiri aku masih terasa....Perasaan sentuhan kasih aku kepadanya masih terasa..
JINGGA yang diambil oleh anakku Syafique dari sebuah kedai makan ketika ia masih berusia sekitar 2 bulan September lalu.Seekor anak kucing jantan terbiar.JINGGA memang manja dengan aku.Pagi ini dia datang naik ke pehaku sambil baring dan mengeluarkan bunyi "lapar"nya yang sebenar adalah kemanjaannya. Dia selalu begitu pada aku.Kerana aku suka mengusap-usap kepalanya.Kemudian dia beralih pula ke peha Haziq sebelum lari naik ke atas rumah.Aku agak pelik melihat JINGGA hari ini.Pertama kali dia naik ke atas meninjau bilik. Beberapa kali Sufiah ambil dia turun dan kemudian JINGGA naik semula. Aku mengarahkan semua pintu bilik atas di tutup kerana khuatir kenakalannya jika berada di atas sepanjang kami keluar menonton wayang.Perangai peliknya membuat hati kecil aku berdetik seolah-olah JINGGA akan mati....dan aku tak sangka ianya menjadi kenyataaan...
JINGGA memang manja dengan aku.Setiap kali aku hendak pergi kerja JINGGA pasti mengekori aku. Aku akan biarkan ia masuk ke dalam kereta seketika dan kemudian akan mengambilnya keluar sebelum aku memandu.
Jika aku balik waktu malam dan JINGGA sedang tidur, dia pasti bangun dan datang kepadaku bermanja. Aku akan membelai dan mengusap bawah lehernya sebelum aku masuk ke rumah.....tapi.....tapi....itu semua sudah tiada....ianya menjadi kenangan....
JINGGA satu-satunya kucing peliharaan ku yang telah berjaya membuat aku menangis atas kehilangannya......
Selamat tinggal JINGGA.........i will miss u.... '(