Kg Raja Uda, itulah nama yang tidak asing bagi aku. ..Ya, aku pernah dibesarkan di Port Swettenham yang kini dikenali Pelabuhan Klang. Aku meronda seketika melusuri Kg Raja Uda menjejaki tempat yang pernah aku diami dan sekolah....ya, sekolah di mana aku mula mengenali huruf....sekolah Methodist Boys School! Tapi kini sekolah tersebut yang merupakan sekolah tertua di Pelabuhan Kelang telah bertukar nama kepada S.K Methodist dan tidak banyak berubah, kecuali kantin lama yg telah tiada dan digantikan kantin baru. Aku belajar di sini daripada darjah 1 hingga darjah 3 iaitu 1969-1971.
Tembok yang tertera Rukunegara ini masih dikekalkan tempatnya.Disinilah tempat kami para pelajar bergambar setiap tahun.....tersentuh hati ku terkenang....
Sebatang Pokok Rhu masih kekal di halaman sekolah...di bawah pokok Rhu adalah tempat aku dan kawan2 bermain sebelum kelas bermula dan sewaktu rehat.Dan Terdapat sebatang pokok yang telah berusia di sudut tembok sekolah....pokok2 ini telah berpuluh tahun usianya.....
Antara blok sekolah yang pastinya aku tidak lupa adalah tandas sekolah yang terletak diblok paling kanan sekali dalam sekolah. Masih segar diingatan aku yang mana ramai murid darjah 1 yang tidak berani ke tandas kerana jarak yang agak jauh dr kelas selain kedudukan tandas yang terasing...maka...adalah antara murid yang memerut sahaja dalam seluar....errr....aku tak ..hehe
Memandangkan aku ziarah sewaktu sesi pembelajaran dijalankan, maka tak dapatlah aku mengambil gambar kelas...
Beberapa pemandangan luar sekolah dapat ku ambil.Tapi agak terkilan juga kerana aku gagal mengenal pasti rumah yang pernah aku diami, kerana persekitaran yang berubah tambahan pula anak sungai di antara rumah yang pernah aku diami dan sekolah telah tidak kelihatan.
Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajarku....
Syukur kerana aku masih bernafas dan sihat untuk menikmati keindahan kehidupan ...