Friday, April 29, 2011

Sekolahku......

Pada Jumaat 15 April, aku ke Pelabuhan Kelang kerana ada urusan. Sekitar 3km sebelum tiba destinasi yang aku tujui, aku terpandang signboard yang tidak asing bagi aku....Dan aku nekad untuk singgah setelah urusanku selesai.
Kg Raja Uda, itulah nama yang tidak asing bagi aku. ..Ya, aku pernah dibesarkan di Port Swettenham yang kini dikenali Pelabuhan Klang. Aku meronda seketika melusuri Kg Raja Uda menjejaki tempat yang pernah aku diami dan sekolah....ya, sekolah di mana aku mula mengenali huruf....sekolah Methodist Boys School! Tapi kini sekolah tersebut yang merupakan sekolah tertua di Pelabuhan Kelang telah bertukar nama kepada S.K Methodist dan tidak banyak berubah, kecuali kantin lama yg telah tiada dan digantikan kantin baru. Aku belajar di sini daripada darjah 1 hingga darjah 3 iaitu 1969-1971.


Temb
ok yang tertera Rukunegara ini masih dikekalkan tempatnya.Disinilah tempat kami para pelajar bergambar setiap tahun.....tersentuh hati ku terkenang....



Sebatang Pokok Rhu masih kekal di halaman sekolah...di bawah pokok Rhu adalah tempat aku dan kawan2 bermain sebelum kelas bermula dan sewaktu rehat.Dan Terdapat sebatang pokok yang telah berusia di sudut tembok sekolah....pokok2 ini telah berpuluh tahun usianya.....

Antara blok sekolah yang pastinya aku tidak lupa adalah tandas sekolah yang terletak diblok paling kanan sekali dalam sekolah. Masih segar diingatan aku yang mana ramai murid darjah 1 yang tidak berani ke tandas kerana jarak yang agak jauh dr kelas selain kedudukan tandas yang terasing...maka...adalah antara murid yang memerut sahaja dalam seluar....errr....aku tak ..hehe


Memandangkan aku ziarah sewaktu sesi pembelajaran dijalankan, maka tak dapatlah aku mengambil gambar kelas...

Beberapa pemandangan luar sekolah dapat ku ambil.Tapi agak terkilan juga kerana aku gagal mengenal pasti rumah yang pernah aku diami, kerana persekitaran yang berubah tambahan pula anak sungai di antara rumah yang pernah aku diami dan sekolah telah tidak kelihatan.

Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajarku....


Syukur kerana aku masih bernafas dan sihat untuk menikmati keindahan kehidupan ...

5 comments:

  1. aslkm..

    wah..hang rajin cari tempat2 bsejarah kita bro..

    membaca post ni, buat aku terimbau kembali zaman di sklh tu, wp aku hnya bsklh setahun sj..

    TQ bro.. catatan yg menarik, yg mgamit nostalgia..

    wslkm

    ReplyDelete
  2. TQ bro. Jika kebetulan ke sana lagi aku nak cuba cari kawasan sawah tempat aku cari ikan pelaga...yg mana aku pasti dah tiada ...dan juga kwsan kg yg pernah kita tinggal tak jauh dr sekolah tu...tempat aku jatuh dlm parit dok sebut skodeng ikan....hehehe...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Nama saya Johan ,dulu bersekolah disana dari tahun 1969 -1974 kelas 1A -3A,lepas tu ke Kelas 4B - 6B..masih teringat Mr Lum King Tuck tak? H.Master yg sentiasa dgn rotan nya..Mohon taq gambar boleh tak? Kini geng2 lama dah dapat berjumpa kembali,malahan sabtu ni ada Reunion..my FB Abah Klia ( GelangangJutawan) sila lah add ya..!

    ReplyDelete
  4. Asalammualaikum...
    Saya guru di SK Methodist (M) Pelabuhan Klang ketika ini. Pihak sekolah akan mengadakan Hari Kantin pada 13 November 2016. Pihak Sekolah mengalu-alukan kehadiran bekas-bekas pelajar untuk memeriahkan majlis tersebut dan meuar-uarkan majlis tersebut. Pihak sekolah juga mengalu-alukan sekiranya bekas-bekas pelajar dapat menyumbangkan sesuatu kepada sekolah.
    Sekian, terima kasih..
    No Phone Sekolah : 03-31686535

    ReplyDelete
  5. Asalammualaikum...
    Saya guru di SK Methodist (M) Pelabuhan Klang ketika ini. Pihak sekolah akan mengadakan Hari Kantin pada 13 November 2016. Pihak Sekolah mengalu-alukan kehadiran bekas-bekas pelajar untuk memeriahkan majlis tersebut dan meuar-uarkan majlis tersebut. Pihak sekolah juga mengalu-alukan sekiranya bekas-bekas pelajar dapat menyumbangkan sesuatu kepada sekolah.
    Sekian, terima kasih..
    No Phone Sekolah : 03-31686535

    ReplyDelete