Sunday, April 26, 2009

Politik...politik...politik...

Nampaknya 'permainan' politik Malaysia agak reda selepas DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam.
Sejak PRU 12, akibat tsunami politik yang diluar jangka, rakyat Malaysia lemas dengan isu politik serta pilihanraya kecil yang bagai tiada penghujung.
Terkini, pilihanraya kecil Penanti, Pulau Pinang pula menunggu.BN belum buat keputusan untuk bertanding.Aku rasa ada baiknya jika tidak bertanding kerana berpendapat ianya strategi pembangkang untuk mewujudkan suatu gelombang hilang keyakinan rakyat kepada BN jika BN sekali lagi tewas di Penanti.Apatah lagi didapati Fairus yang merupakan ADUN Penanti tiada kes rasuah.
(Sebelum ini ,selepas PRU12, BN telah tewas di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit gantang).
Lantaran itu, di dalam kegawatan ekonomi dunia pada masa ini,tumpuan BERSAMA menjaga kestabilan ekonomi serta pembangunan rakyat adalah utama.Bukan meletak jawatan untuk memberi laluan kepada pilihanraya kecil!
Rakyat mahu rangsangan ekonomi yang berterusan, bukan politik..politik...politik...!
Lemas rakyat dibuatnya!!

Wednesday, April 22, 2009

Kembalinya Pak Uda

Pak Uda.Adik al-marhum ayahandaku.Seorang yang kental jiwa serta kuat semangat.Apa tidaknya, pernah kena angin ahmar (stroke), belum sembuh sepenuhnya sudah mampu menunggang motosikal dengan hanya sebelah tangan.
Sewaktu sihat, pernah beberapa kali bertandang ziarah ayahanda aku di Melaka dari Ipoh dengan hanya menunggang motosikal 125cc.
Dikenali seorang yang 'cengeh' dan fighter serta 'ghost buster' dikalangan keluarga aku, namun agak lucu juga perwatakannya terutama dengan anak saudaranya.
Suka berkongsi ilmu dengan al-marhum ayahanda aku tentang rawatan tradisional.
2 bulan yang lalu Pak Uda agak kritikal dan terlantar beberapa hari di hospital.Aku tak sempat menziarahi.
Pagi ini, sekitar jam 10.30pagi aku menerima panggilan telefon dari adikku Melati....
Belasungkawa buat Omar Bin Chin @ Pak Uda pada usia menjangkau 72 tahun.
Al-fatihah.

Friday, April 17, 2009

Home Alone

Oppss...it's not Home Alone like in the movie yeahh..
Well, as usual, i would prefer staying at home...reading...watch TV or surfing internet.I feel more relax rather with noise and 'trafic' in the shopping mall.But i do once a month - a must - go to JJ Balakong or Carrefour Sri Petaling looking for monthly groceries.And I enjoyed of doing that.But well this morning my wife had started mentioning of buying our childrens' hari raya fabrics as we use to send to 'tukang jahit' (tailor) instead of loking for ready made baju kurung or baju Melayu (Malay traditional dress).Reason very simple for her to remind me - the tukang jahit already mentioned that the last order will be accepted by end- of May (Hari Raya festival is in September)!
Well..(again)..since i like to be at home, as usual for many years, my lovely wife will look for those fabrics!
That's another beauty of you my dear!

Tuesday, April 14, 2009

Kesihatan

Memperolehi tubuh yang sihat adalah satu nikmat yang agung.Duit berjuta, tubuh tak sihat pun kurang bermakna.Sudah 2 hari nikmat kesihatan aku terjejas.Tika situasi beginilah diri mulai sedar betapa pentingnya kehidupan disisNYA dan keluarga.....
Sentuhan tangan belaian dari seorang isteri penuh bermakna.Lantaran rasa sakit sedikit reda.
Dalam situasi begini juga aku mulai teringat bagaimana ketika al-marhum ayahanda ku terlantar sakit di hospital, baru ku sedar betapa sentuhan tangan dari isteri dan anak-anak amat penting walaupun cuma beberapa detik....

Saturday, April 11, 2009

I.Me.Myself

At last, i able to have my own blog! Life is busy as usual but need a dedicated leisure hours to creat a blog.I think, besides reading e-mails,having your own blog is something interesting for you to keep in touch with your close friends and of course your families.

But again....really need special time for it.