Nampaknya 'permainan' politik Malaysia agak reda selepas DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam.
Sejak PRU 12, akibat tsunami politik yang diluar jangka, rakyat Malaysia lemas dengan isu politik serta pilihanraya kecil yang bagai tiada penghujung.
Terkini, pilihanraya kecil Penanti, Pulau Pinang pula menunggu.BN belum buat keputusan untuk bertanding.Aku rasa ada baiknya jika tidak bertanding kerana berpendapat ianya strategi pembangkang untuk mewujudkan suatu gelombang hilang keyakinan rakyat kepada BN jika BN sekali lagi tewas di Penanti.Apatah lagi didapati Fairus yang merupakan ADUN Penanti tiada kes rasuah.
(Sebelum ini ,selepas PRU12, BN telah tewas di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit gantang).
Lantaran itu, di dalam kegawatan ekonomi dunia pada masa ini,tumpuan BERSAMA menjaga kestabilan ekonomi serta pembangunan rakyat adalah utama.Bukan meletak jawatan untuk memberi laluan kepada pilihanraya kecil!
Rakyat mahu rangsangan ekonomi yang berterusan, bukan politik..politik...politik...!
Lemas rakyat dibuatnya!!
No comments:
Post a Comment