Seorang pelajar yang baru pulang dari Newark,Amerika Syarikat pada 13 Mei lepas menerusi pesawat MH091 didapati menghidap H1N1. Perkara ini dikesan setelah 2 hari pulang ke rumah dan mengalamai demam, sakit tekak dan badan lalu dimasukkan ke hospital Sg Buloh.Bermakna, beliau melepasi pemantauan petugas kesihatan di KLIA.
Dikatakan selepas 3 hari virus H1N1 berada di dalam tubuh badan manusia barulah tanda-tanda sakit tersebut keluar.
Semasa aku pulang dari Bandung 3 Mei yang lalu, sewaktu di dalam pesawat, semua penumpang diarah mengisi borang deklarasi H1N1.Ada beberapa soalan yang perlu dijawab.Borang perlu diserahkan di entry point balai ketibaan di KLIA.
Di balai ketibaan,sewaktu menunggu bagasi,jika tak silap, aku dapati ada juga penerbangan dari Perancis yang tiba.Di exit point, kami tidak diarah berbaris untuk pemantauan.Menyerah borang deklarasi pun tidak. Sebaliknya yang kami dapati pegawai kesihatan hanya melihat kami dengan mata kasar dan berbual sesama mereka.
Persoalannya, adakah pelajar yang berusia 21 tahun itu tidak jujur sewaktu mengisi borang deklarasi H1N1 atau kecuaian petugas kesihatan di KLIA atau memang benar pada masa itu tiada sintom penyakit tersebut dikesan sewaktu pelajar terbabit melalui entry point balai ketibaan???
No comments:
Post a Comment