Wednesday, November 25, 2009

Bertemu kawan lama

Alhamdulillah.
Atas kesihatan serta usia yg ada dan nikmat serta limpah RahmatNYA, hari ini adalah suatu hari yang sungguh istimewa bagi aku.
Tengahari ini, aku dapat bertemu seorang sahabat yang sudah hampir 32 tahun terpisah semasa kami tinggal di Jalan Merah, Taman Pelangi, Johor Bahru. Kami berjiran selang beberapa pintu.Kawan aku ni 'kaki gitar'. Sekitar tahun 1977, dia satu-satunya kawan aku yang punya gitar 'twelve strings acoustic guitar' - Yamaha!!.Aku sekadar lihat kehebatannya bermain gitar.Kami tersenyum ketawa terkenang zaman berjiran.

Petang hari ini, aku bertemu juga seorang teman lama yang sekitar hampir 27 tahun tidak bertemu.Juga dari Taman Pelangi tapi pada masa itu aku tinggal di Jalan Jerau 2. Beliau ini pula bukan sahaja junior aku di Sekolah Dato' Jaafar (SDJ) malahan rakan bolasepak.
Kebetulan hari ini dia ada urusan perniagaan di Kuala Lumpur dan aku pula ada urusan perniagaan yang hendak dibincangkan dengan beliau.Selepas berbincang, kami lepak minum di sebuah kopitiam dekat ofis aku.Ketawa riang kami teringat zaman remaja. Terasa jadi remaja sekejap... hehehe..

Yang menarik lagi kami bertiga saling kenal mengenali antara satu sama lain.Cuma agak 'upset' kami tidak dapat bertemu serentak.
Wan Ibnul Bahar dapat aku temui pada waktu lunch manakala Hazman Shane di sebelah petang.Itulah mereka yang dah lama tidak kami temui.Kenangan lalu mengusik jiwa. Alhamdulillah.

2 comments:

  1. aslkm..

    wah..'untung' bro, dpt jmpa member lama ni. aku memang ingat pd dorang tu. kita sama2 main bola dgn azman kat playground dulu.

    tp kalu tgok gambor, bahar makin berisi sket. azman, memg dr dulu macho n hensem.

    susah nk jmpa kwn2 di jb dl. ramai yg dh lost contact.. kalu dpt jmpa, memg meriah dgn crita2 lama..

    *aku - teringin nk jmpa yanna..
    hihi..
    :D

    ReplyDelete
  2. Jika kau masuk facebook maybe kau bleh jumpa kawan2 lama. especially nama yg unik macam shane. boleh tracking jika mereka ada facebook.Aku 'jumpa' bahar di facebook.Aku dpt contact Shane melalui kawan aku yg kebetulan kenal dia.
    Shane macam tu jugak. masih maintain. bahar memang dh nampak berisi.Both dah jadi usahawan.

    ReplyDelete