Monday, February 27, 2012

Selamat tinggal sayangku Idris...








6.50 ptg, Sabtu 25 Feb 2012...Sewaktu aku berada di rumah adikku Melati, aku menerima panggilan telefon daripada adik bongsuku Sanusi.Dia dalam tangisan memberi khabar berita yang mengejutkan.Sejenak aku terasa kebas anggota tubuhku.Pemikiraku terumbang-ambing seketika.Tak menentu...ohh tidak...anak sudaraku Muhamad Syah Idris telah meninggal dunia...lantas aku maklumkan kepada adikku Melati yang terus menangis..dan aku hubungi adik beradik ku yang lain. Isteriku terus menangis pabila aku hubunginya...lalu aku tidak dapat menahan lagi sebak dan bercucuranlah airmataku dalam tangisan...

Syah yang dikenali dikalangan sahabatnya...Idris panggilan mesra dalam keluarga besar kami...Anak ke 4 dari lapan beradik.Anak kepada abangku Yusof.Arwah memang rapat dengan anak2 ku malahan isteriku memang menyayangi beliau.Beliau kemalangan jalanraya.Motor yang ditunggangi bersama rakan serumahnya dirempuh sebuah kereta sewaktu hendak ke kampusnya UiTM Jengka, Pahang.Beliau meninggal dunia ditempat kejadian manakala rakannya yang bernama Syukur, pada waktu catatan ini, masih di ICU selepas menjalani beberapa pembedahan.(Moga beliau lekas sembuh & diberi kekuatan).

Tiba-tiba aku terkenang Disember lalu, percutian kami sekeluarga bersama beliau di Cameron Highland.Percutian di Cameron penuh kenangan manis...Paling tak ku lupa adalah ketika mengambil gambar dengan posing jumping,beliau yg memperkenalkan aku 'snow cap', beli key chain Liverpool (kami penyokong LFC)...dan paling menyentuh hati bila teringat beliau membeli pokok Kaktus untuk ibunya....

Idris yang ku kenali memang agak pendiam sejak dari kecil.Sesekali bersuara boleh buat orang lain ketawa akan sikap lucu kata2nya.Seorang anak yang soleh.Tidak pernah mengata keburukan orang lain.Suka berdikari. Aku masih ingat bahawa arwah pernah berkerja sewaktu aruah menunggu keputusan PMR.Membeli motorsikal hasil titik peluhnya.Beliau memang seorang yang cekal & tabah.

Rupa2nya ada kata2 simbolik dalam facebookmu yang kau papar sehari sebelum pemergianmu..
Baru kami tahu bahawa catatan terakhirmu "Maafkan mereka,mereka tidak tahu.Mereka tidak ramas buku" adalah dari lirik lagu Aku Maafkan kamu nyanyian Jamal Abdillah feat malique.Penuh simbolik.

"Tertelentang berisi air.Tertiarap berisi tanah". Meski ianya punya erti yang lain, aku yakin ia adalah luahan tersirat simbolik makluman bahawa Idris sudah tahu beliau akan pergi untuk selamanya...

Apakan daya....pada usia yang akan menjangkau 20 tahun pada 15 Jun, beliau telah pergi meninggalkan kami...Bukan kehendakmu.Bukan jua kehendakku.Jauh sekali kehendak ayah & ibumu serta insan yang mengenalimu...Kami tiada daya upaya.Tiada bergerak sebesar zarah melainkan atas kehendakNYA...

Idris, Pak Uda sentiasa menyanyangimu.Meski kau telah tiada, kenangan2 manis serta akhlak mulia mu tetap terpatri dalam diri ini.

Selamat tinggal sayang....




1 comment:

  1. Satu catatan memori yg amat menyentuh..
    Sememang kita pasti merinduinya..
    Semoga Allah cucuri rahmat atas rohnya, beroleh maghfirah dan mardhatillah, ditempatkan di kalangan para solihin & beroleh jannah.. Amiin.
    Al-Fatihah..

    ReplyDelete