Friday, August 19, 2011

ALHAMDULILLAH...



Melayari kehidupan sebuah rumahtangga penuh dengan warna kehidupan.Bermula dengan 2 insan bercinta sehinggalah melahirkan zuriat.Ada suka ada duka, samada ketika berdua mahupun dalam membesarkan anak-anak.Itu adalah lumrah.Yang beza adalah bagaimana kita mengurus serta mengharungi kisah kehidupan kita.

Bagi aku,dalam mentadbir sebuah rumahtangga, sebaik mungkin suatu permasalahan yang kecil usah diperbesarkan dan yang kita rasa besar, dirungkaikan menjadi kecil lantas menghilangkannya.Kesilapan yang lalu menjadi pedoman dalam memperbaiki kelemahan diri.

Teman yang paling rapat adalah insan yang setiap hari bila kita terjaga dari tidur dia ada di sisi, iaitu seorang isteri atau suami.Justeru, hargailah kehidupan bersama.

Hari ini, 20 Ogos, genaplah usia perkahwinanku yang ke 25 tahun.Aku bersyukur mempunyai seorang isteri bernama Faridah Seeron.Aku bahagia dengannya.Dan aku bersyukur kami masih bernafas untuk melayari kehidupan bersama seterusnya dan bersama keluarga tercinta - 5 orang anak-anakku.

ALHAMDULILLAH..

No comments:

Post a Comment