Pagi ini aku seharusnya keluar rumah jam 7.30pagi kerana ada pertemuan di kota.Ketika sedang bersiap-sedia aku mendengar bibik aku memanggil... "Pak...Pak....cermin keretanya pecah!"
Adoi...aku terus keluar dan melihat kereta "Mr Black Macho" aku...kesian...cedera dia ...
Malam tadi sekitar jam 1.00 pagi aku ada terdengar bunyi seperti sesuatu dilanggar kemudian disusuli suara anjing menyalak.Terdetik di hati untuk menjenguk luar dari tingkap bilik air aku, tapi bila aku terdengar ada suara orang bercakap2 ...so aku pun ignore lah kerana menyangka itu kerenah salah seorang jiran aku....tapi di awal paginya ternyata silap dugaan aku.
Ini kali kedua terjadi.
Sekitar awal 2007, kereta Kembara menjadi mangsa.Pecah berderai cermin hadapan bahagian penumpang.Habis bekas duit syiling serta beberapa barangan dicuri.Tapi kali ini cermin sisi pintu belakang kiri Persona aku cuma retak seribu.Mujur tinted.
Ntahlah, biasanya aku akan bangun menjenguk diluar jika terdengar sesuatu yang 'pelik' berbunyi ..tapi semalam....hemm...dah nak kena...dah berlaku....terima & redha sahajalah....meski pun dalam kegawatan poket ku.....
Arggghhh...kena pecah lagi!!
aisey bro..
ReplyDeletesorry 2 hear that..
apa blh buat..kita tak expect benda tu berlaku..
tak tau apa hikmah di sebaliknya..
tp sikap berlapang dada, n redha dengan setiap ujian-NYA, sememang sikap yg wajar diamalkan..
smga bro tmasuk di kalangan org2 yg bsabar..
TQ. tapi nak hilang kan rasa kesal apa yg berlaku pd peringkat awal tu jenuh juga...hehe
ReplyDeletetak boleh claim insurance ke? Kereta Ridzuan pun pernah kena pecah tapi tak ada apa yang hilang..duit sen pun tak ada dalam kereta. Masa tu kereta selalu park kat luar. Sejak hari tu kereta park dalam gate. Luckily insurance cover...
ReplyDelete