Sunday, August 9, 2009

Shazwani Di Konvo UPM ke 33

Hari ini hari minggu yang agak sibuk sedikit.Aku, isteri & Sufiah ke majlis Konvokesyen UPM yang ke 33.Kali terakhir aku dan isteri menjejak kaki di Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar 5 tahun lalu pada majlis Konvo anak sudara isteriku, Abdul Rahim.
Hari ini hari istimewa anak saudaraku yang sulung.Anak sulung kepada abang aku yang kedua,menerima Ijazah Pendidikan Sains Pertanian.Terkenal dengan panggilan Wani di kalangan ahli keluarga & saudara mara, Wani ni buah hati al-marhum ayahanda aku.Semasa kecil, bonda aku & almarhum banyak menjaganya.Al-marhum sayang sangat kat Wani ni.Maklumlah cucu sulong.Dengan kami dia tak banyak bercakap.Dia rapat dengan adik aku Maslina yang dipanggilnya Acik.
Kejayaannya dirai hari ini oleh ahli keluarganya yang hadir - ibu serta beberapa orang adik-adiknya. Ayahnya tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan.Kehadiran Mak Teh nya - Melati dan ahli keluarga turut mengamatkan lagi kemeriahan.
Alhamdulillah berjaya fasa pertama menuntut ilmu.
Syabas & Tahniah Nor Shazwani Yusof!

2 comments:

  1. slm..

    TAHNIAH & SYABAAS - buat Wani.

    Pak Andaknya langsung tak bksmpatan krna ada urusn kluarga sdiri.

    Alhamdulillah, Wani ada sdra mara d Lmbh Klang, skurg2ny dpt turut sama mraikn konvonya itu..

    *SYABAS juga buat Syafiqah, Syahmi n Along (Sarah) yg mymbg pgajian mrka.
    Aku ada buat bbrp komen kat entri2 d bwh, tp bnyak yg tk kuar. aku dh tau sbbnya- bila dh abis tulis komen, kena tggu n follow arahn brikutnya..

    ReplyDelete
  2. Ya betul. suasana meriah tu lain bila ramai yang meraikannya.
    Ooo...banyak beri komen juga tapi tak kuar? ye lah, kena ikut arahan selanjutnya. aku pun mula2 kena juga. Aku tgk dh lama kau tak update blog..

    ReplyDelete