Thursday, July 2, 2009

Ika masuk UiTM


Kebelakangan ini agak sibuk dengan hal kerja dan keluarga.Justru agak lama juga tak menjenguk blog.Sabtu 27 Jun 2009, Syafikah mua mengorak langkah ke UiTM Seri Iskandar Perak. Perjalanan dari KL ke sana sekitar 2.30 jam.namun kami 'sangkut' 1 km sebelum masuk ke UiTM iaitu sekitar 40 min kerana pendaftaran yang dibuat hanya pada hari tersebut.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Ika dapat bilik bawah dan punya teman sebilik yang semuanya bermula dengan panggilan huruf "A".
Dalam perjalanan pulang ke KL aku menerima panggilan anak saudara ku, Megat Saiful bahawa ayahnya yang merupakan saudara aku telah dimasukkan ke wad ICU di Pusat Perubatan Universiti Malaya.Tidak sampai 45 min abangnya Megat Shahrul menghubungi aku dan memaklumkan ayahnya telah kembali ke rahmatullah.
Aku sempat singgah ke Masjid Sunway melihat jenazah saudaraku yang selalu ku panggil Abang Megat.
Satu hari yang gembira diawal pagi dan suram di lewat petang.

No comments:

Post a Comment