Agak terkejut bila aku tiba di lapangan terbang LCCT sewaktu menghantar tamu dari Indonesia pulang. Apa yang aku terkejut? Ramai orang dan tempat letak kereta penuh.Ada yang sanggup meletak kenderaannya di seberang jalan iaitu di luar kawasan LCCT. Tapi mujur aku dapat tempat tanpa lama menunggu kekosongan.
Dibahagian perlepasan antarabangsa, aku dapati ramai penumpang yang sibuk mencari counter untuk mengambil 'boarding pass'.Yang beratur pun ramai.Tapi tidak terurus. Tamu aku sepatutnya beratur di kaunter 3 atau 9, tapi langsung tiada petugas.Akhirnya beratur di kaunter 4 setelah ke hulu hilir mencari kaunter alternatif & beratur di kaunter 7. Ramai muka mencuka.Jelaslah Air Asia tidak mengurus dengan baik.Mungkin juga kerana kekurangan kakitangan!
Isu yang hendak diperkatakan aku adalah tahap sekuriti di LCCT. Aku lihat ada penumpang yang langsung tidak melalui proses imbasan (x-ray) akan bagasi yang hendak di bawa bersama di bahagian Daftar Masuk (check-in). samada untuk dihantar ke 'luggage' mahupun 'hand-carry'.Mereka bebas keluar masuk di laluan 'No Entry' iaitu hanya laluan di sebelah bahagian 'x-ray'.
Aku sendiri memberanikan diri menembusi laluan 'No Entry' untuk membantu tamu aku dan jelaslah tiada siapa yang menghalang! Polis atau pihak sekuriti langsung tiada di laluan 'No Entry'!
Timbul persoalan difikiran.....sejauh manakah kerajaan kita menekankan dan melaksanakan penguatkuasaan keselamatan di lapangan terbang?
Sejauh manakah sensiviti petugas di LCCT terhadap sekuriti? Setinggi manakah pekanya rakyat Malaysia akan keselamatan negara? Siapakah sebenarnya bertanggungjawab akan sekuriti di LCCT? Mungkinkah kelemahan inilah adalah antara punca dadah atau penyeludupan mudah dibolosi keluar?
Aku amat kecewa.............!!
salam..
ReplyDeleteini isu serius bro, patut tulis dlm suatkabo, baru bukak mata 'org ataih'..
Good idea! aku dah pun hantar ke Berita Harian. Tak tahu lah akan disiarkan atau tidak.
ReplyDelete