Tuesday, July 21, 2009

Tahap sekuriti di LCCT

Agak terkejut bila aku tiba di lapangan terbang LCCT sewaktu menghantar tamu dari Indonesia pulang. Apa yang aku terkejut? Ramai orang dan tempat letak kereta penuh.Ada yang sanggup meletak kenderaannya di seberang jalan iaitu di luar kawasan LCCT. Tapi mujur aku dapat tempat tanpa lama menunggu kekosongan.
Dibahagian perlepasan antarabangsa, aku dapati ramai penumpang yang sibuk mencari counter untuk mengambil 'boarding pass'.Yang beratur pun ramai.Tapi tidak terurus. Tamu aku sepatutnya beratur di kaunter 3 atau 9, tapi langsung tiada petugas.Akhirnya beratur di kaunter 4 setelah ke hulu hilir mencari kaunter alternatif & beratur di kaunter 7. Ramai muka mencuka.Jelaslah Air Asia tidak mengurus dengan baik.Mungkin juga kerana kekurangan kakitangan!
Isu yang hendak diperkatakan aku adalah tahap sekuriti di LCCT. Aku lihat ada penumpang yang langsung tidak melalui proses imbasan (x-ray) akan bagasi yang hendak di bawa bersama di bahagian Daftar Masuk (check-in). samada untuk dihantar ke 'luggage' mahupun 'hand-carry'.Mereka bebas keluar masuk di laluan 'No Entry' iaitu hanya laluan di sebelah bahagian 'x-ray'.
Aku sendiri memberanikan diri menembusi laluan 'No Entry' untuk membantu tamu aku dan jelaslah tiada siapa yang menghalang! Polis atau pihak sekuriti langsung tiada di laluan 'No Entry'!
Timbul persoalan difikiran.....sejauh manakah kerajaan kita menekankan dan melaksanakan penguatkuasaan keselamatan di lapangan terbang?
Sejauh manakah sensiviti petugas di LCCT terhadap sekuriti? Setinggi manakah pekanya rakyat Malaysia akan keselamatan negara? Siapakah sebenarnya bertanggungjawab akan sekuriti di LCCT? Mungkinkah kelemahan inilah adalah antara punca dadah atau penyeludupan mudah dibolosi keluar?
Aku amat kecewa.............!!

Monday, July 20, 2009

Guest from Jakarta



Daughters of my friend from Jakarta, Pak Zulfius, came to Kuala Lumpur from 14th to 19th.Since I'm busy with works that need me to stay back at the office, I unable to meet them ahead as planned.A little bit reluctant.

My wife, daughter - Sufiah and I met his pretty daughters only on Saturday - after 4 days in Concorde, site seeing and window shopping around KL.My appology.
I found out they are 'cool' (tenang) especially Dewi the 2nd siblings of 3.Nita, the youngest seems happy type but yet quiet.
We went to KL Birds Park, Islamic Arts Museum of M'sia and Petaling Street. We had a great time. On their last day, after having lunch,we only able to visit Putrajaya but quite rushing since we need to arrive to LCCT airport before 5.00pm.Thus we only spent lots of time at the masjid Putrajaya area.Again, I'm quite regret.
Hope they will come again either both of them, with family or friends so that my wife and I can provide better hospitality.
Wish they back to Jakarta with sweet memorable.

Saturday, July 11, 2009

Ninja boys & Syahmi

My 3 years old nephew, Syahmi, is very reluctant to be carried by me or anybody that not close to him.Shy boy.But not in front of his favorite cartoon series song!
Lets join his tango!

Thursday, July 2, 2009

Along & i10



Diam tak diam rupanya selama hampir 8 bulan aku pergi dan balik kerja bersama anak sulong ku, Along.Pejabatnya hanya sekitar 2.5km dari tempat aku bekerja.Ada tika waktu balik isteri atau kawannya yang membantu menghantarnya pulang bila aku tiada kesempatan untuk mengambilnya.
Kami jarang berbual di dalam kenderaan dalam tempoh perjalanan.Masing-masing layan mood dan pemikiran sendiri tapi bukanlah tidak berbual langsung.Mungkin sikap aku yang tidak banyak berbual dengan dia sedari kecil membuatkan kami kurang 'pop pep'.
Hari ini Along mula pergi kerja sendiri dengan kereta i10 nya.Aku mula terasa 'kehilangan' suasana ayah dan anak pergi & balik kerja....hermmm..
Selamat memandu dear!

Ika masuk UiTM


Kebelakangan ini agak sibuk dengan hal kerja dan keluarga.Justru agak lama juga tak menjenguk blog.Sabtu 27 Jun 2009, Syafikah mua mengorak langkah ke UiTM Seri Iskandar Perak. Perjalanan dari KL ke sana sekitar 2.30 jam.namun kami 'sangkut' 1 km sebelum masuk ke UiTM iaitu sekitar 40 min kerana pendaftaran yang dibuat hanya pada hari tersebut.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Ika dapat bilik bawah dan punya teman sebilik yang semuanya bermula dengan panggilan huruf "A".
Dalam perjalanan pulang ke KL aku menerima panggilan anak saudara ku, Megat Saiful bahawa ayahnya yang merupakan saudara aku telah dimasukkan ke wad ICU di Pusat Perubatan Universiti Malaya.Tidak sampai 45 min abangnya Megat Shahrul menghubungi aku dan memaklumkan ayahnya telah kembali ke rahmatullah.
Aku sempat singgah ke Masjid Sunway melihat jenazah saudaraku yang selalu ku panggil Abang Megat.
Satu hari yang gembira diawal pagi dan suram di lewat petang.

Monday, June 15, 2009

Antara Lori 'hantu', undang-undang & penguatkuasaan

Pada pagi Sabtu 13 Jun, 9.40 pagi, aku sedang memandu menghala ke Kajang bersama isteri. Sebaik melepasi tol Cheras Bukit Mahkota - Kajang aku ternampak sebuah kereta Wira jarak 10 meter dihadapan aku mengelak sesuatu.Dalam beberapa saat aku terlihat sebutir batu berwarna putih sebesar ibu jari orang dewasa dengan lajunya menghala ke kereta Swift yang sedang aku pandu. 'Teckkk!' Adoiii...tepat mengenai sudut kanan cermin hadapan.Barulah aku perasan ada lori hantu membawa muatan batu beberapa meter di hadapan melebihi muatan walaupun bertutup muatannya.
Setelah berunding dengan isteri,aku terus batal rancangan kami dan terus pulang. Cari insuran kereta dalam simpanan.Sekali lagi 'adooii'. Rupanya salesman kereta tak masukkan insuran cermin hadapan seperti yang diarahkan! Silap aku juga tak check bila dapat polisi insuran.
So aku ke kedai Dr. Cermin kereta di Pandan Perdana jika dia boleh baiki keretakan yang ada.Tapi sayang tak boleh kerana keretakan berlaku di sudut lengkungan cermin.
Apa nak buat.Tukar yang baru ajelah.Setelah dirunding, dapatlah harga RM600.00. Ditambah 'tinted' kenalah lagi RM400.Kami di kedai dari jam 11.30 pagi hingga 3.30 ptg.
Hemmm...mengeluh & kesal juga aku di alam hati...ye lah, just split second jika aku dapat elak or delay dari bayaran tol or lewat keluar rumah mungkin tak kena. Tapi itu keluhan insan yang tak terima kehendak takdir.
Even 'split second' itu adalah milikNYA!
So, apa yang aku ada or miliki?
Jawapannya 'zero'. Segalanya milik DIA!

Monday, June 8, 2009

Stressful

Feel stressful when yet to achieve what had been forecast,planned and expect.
How to ignore the stressful feeling when it trigger? Pheewww.... Switch off when it cross your mind? Be alone in your room and follow the emotional rhythm of frustration? Or just surrender to God and say " God, I'm not strong,smart and good enough to sail along your faith on me"? Nope....that is incorrect.That's not the solution.
Just surrender to Allah and seek HIS guidance! Let HE overcome the stress with HIS guidance.
Let HE presenting HIS Love and wealth on me.
HE is the Almighty, the ruler on earth and universe!